Skip to main content

Posts

Pengalaman bersalin normal anak kedua

pengalaman bersalin baby girl . jam 9.30mlm. bgtau suami dah rasa sakit semacam sebab rasa senggugut + rasa nak berak. tapi sendiri tak pasti sakit betul2 ke, main2 jek. sebab byk Kali dah sakit tipu2. so, layankan je lah. Selang setengah jam sekali, sejam sekali. perut mengeras je, tapi xsakit. jam 12.00 malam.  mula tak senang tidur. Cuba search Kat Google Tanda contraction hampir bersalin. lepas dah search tu, terus download apps contraction timer. sangat membantu. Masa tu tengah tidur kan thalhah. Masa ni thalhah macam tahu je yang ibu akan bersalin malam tu jugak. sebab dia pon macam Susah nak tido. tapi akhirnya, dia lena dlm kol1 gitu.  ibu pon bangkit dan kejut abang ajak masuk bilik. since pinggang dan perut makin sakit. Bila masuk bilik, terasa sakit makin kerap dan rasa nak terberak. huhhh. Masa tu istighfar bebyk, sambil baca doa nabi yunus dan urut2 perut. keluar masuk toilet sebab asyik nak terkencing je. huhu. Bila rasa perut sakit lain macam, dan contract
Recent posts

5 langkah asas membina komunikasi dengan anak-anak

Sentiasalah berkomunikasi dengan anak-anak supaya mereka sentiasa dekat dengan kita. tapi macam mana nak mulakan dan kekalkan komunikasi yang baik antara ibubapa dan anak-anak? jom tengok 5 langkah dibawah ini. 1.  Selalu ada untuk anak-anak Perhatikan waktu-waktu yang anak anda kerap bercakap atau ingin berbual. Bila? Waktu makan? Dalam kereta? Lepas mandi? Dalam tandas? Waktu bermain? Cuba perhatikan. Dan pastikan anda available pada waktu-waktu tersebut. Kalau sebelum ini anda tak pernah berbual dengan anak anda, cuba mula wujudkan suasana berbual itu. Banyakkan bertanya dan ceritakan hari anda kepadanya dan cuba untuk saling berbalas soalan. Mulakan perbualan dengan cerita, bukan dengan soalan. Pastikan cerita anda ringkas dan mudah anak untuk faham. Kalau macam Thalhah, apa yang saya perhatikan. Waktu yang dia kerap bercakap atau bercerita adalah ketika dia bermain toys, tengok tv dan waktu makan. Jadi pada waktu-waktu ini, saya ready untuk d

Rumah sepah, Tanda anak anda bijak!.

Rumah sepah, Tanda anak anda bijak!. . Ibu-ibu jangan runsing, tension , stress bila rumah asyik sepah jek. Sebab bila rumah bersepah dek kerana ada tukang tabur toys dan main sepuas hati sampai penuh lantai rumah, itu maksudnya anak anda BIJAK. . Dorang tengah eksplore, dan bereksperimentasi dengan apa yang ada di depan mata dorang. Lagi-lagi bila berumur 2 tahun keatas ni. Lagi kreatif cara dorang buat 'kerja' mencantikkan rumah. . Tapi bila dah sepah, jangan lupa ajar dorang cara kemas semula ya. Walaupun agak Susah pada awalnya, tapi lama-lama dorang akan kemas sendiri. Ehehhh. Ibu-ibu kena lah kemas dan ajak dorang sekali. Secara tak langsung, dorang tau lepas main kena kemas. . Ni jangan la pulak, anak baru tuang mainan, dah disuruh kemas. Memang spoil mood anak lah.. 🤣 🤣 . nampak tak wajah gembira anak bila dah buat sepah. jadi, ibu-ibu kena kental dan layan je anak-anak buat sepah.  letakkan dalam mindset, yang anak buat sepah ni seorang anak yang bi

Tips wean off anak berumur setahun 8 bulan

sumber : google.com Alhamdulillah, sepanjang menyusukan Thalhah adalah waktu yang paling seronok dalam hidup saya. Yelah, ada seorang anak yang sentiasa dekat dengan kita. Bila terpisah kejap, terasa lama. Padahal pergi masak kat dapur je. Setakat hari ini, belum pernah tinggalkan Thalhah berhari- hari dengan orang lain. Cuma masa Thalhah berumur 1 tahun 4 bulan, saya terpaksa tinggalkan dia dengan abahnya. Kerana saya ada IMKK selama 3 hari berturut.pergi pagi, malam baru jumpa. Bayangkan, masa itu Thalhah tak minum susu lain selain susu ibu. Minum dalam botol pon dia tak mahu. Betapa struggle nya masa itu demi ilmu. Tapi alhamdulillah, sepanjang ditinggalkan Thalhah tidak meragam dan beri kerjasama yang baik berbekalkan susu perahan dan susu kotak dutchlady. Masa Thalhah berumur 1 Tahun 6 bulan, saya disahkan mengandung anak kedua. Dan terpaksa membuat keputusan untuk wean off dia demi kesihatan saya dan bayi dalam kandungan. Bermula Thalhah berumur 1 tahun 8 bulan

bahayakah pornografi?

Pornografi adalah satu aktiviti yang tidak sihat sama seperti ketagihan dadah. Bila sudah terjebak, ia boleh terus menghanyutkan sesiapa sahaja tanpa sesiapa tahu. Apa itu pornografi? Pornografi ialah apa sahaj bahan samada visual atau bertulis yang bertujuan meransang keinginan seksual dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. TAHUKAH ANDA, PORNOGRAFI MEMBAHAYAKAN? Kajian menunjukkan pornografi memberi kesan pada otak manusia. Iaitu : Terdapat perbezaan aktiviti otak di antara orang yang sihat dan mereka yang menonton pornografi dan masturbasi. PORNOGRAFI mengubah otak manusai sama seperti DADAH mengubah otak seseorang. Berlaku kesan fizikal dan biokimikal kepada otak iaitu sel- sel kurang berhubung, kurang aktif, mengecut di beberapa bahagian terutama pada kanak-kanak dan remaja. Pornografi akan menguasai keupayaan otak untuk melakukan aktiviti seks. KESAN PORNOGRAFI PADA EMOSI DAN HUBUNGAN PASANGAN Masalah emosi seseorang yang menonton po

10 tip untuk anak minat membaca

Assalamualaikum, hari ini ibu akan kongsikan 10tips untuk memupuk anak supaya minat membaca tanpa perlu dipaksa. Tips ini antara benda yang ibu buat supaya thalhah minat membaca tanpa dia sedar. Hehe. Jom, baca dan praktikkan untuk anak-anak anda. Tips 1: pendedahan awal Sejujurnya, ibu minat sangat membaca. Cuma masa je tak cukup. Yelah, dulu zaman belajar mesti ibu akan pastikan ada buku dalam beg walau kemana sahaja ibu pergi. Bila dah kawen dan mengandung, ibu masih buat macam tu tau. Bila ada masa lapang je, ibu mesti baca walaupun sehelai. Jadi lah kan dari tak baca langsung. Bila ibu mengandung dan kerap membaca, Secara tak langsung, baby dalam perut pon akan ada minat membaca bila dia lahir nanti. Serious tau. InshaAllah. Jadi, kuncinya adalah ibu kena kerap membaca selasa mengandung. Ok!. Tips 2: sepahkan buku berbanding mainan Ni antara tips yang paling rare. Haha. Dan bila ibu cuba sendiri pada thalhah, ia sangat berkesan.  Yelah, bila anak nam

pengalaman menjadi agen tasneem naturel

BEST KE JADI AGEN TASNEEM NATUREL? Bagaimana ibu boleh terjebak dengan TASNEEM NATUREL nih? Ceritanya bermula bila ibu terpaksa berhenti kerja sebab nak menjaga anak sendiri . Masa tu, baru lepas pantang anak pertama. Jenuh juga lah mencari bisnes online yang best dan ajar satu-satu sampai pandai. Cuba itu, cuba ini, semuanya daftar dan tinggal. Dorang tak ajar satu pon. Sediah tau masa tu. Sebab memang niat ibu nak belajar buat bisnes online nih. Yelah, dulu kerja makan gaji, bila dah berhenti kena lah cari sesuatu yang dapat membantu jana income walaupun dari rumah. Pada masa yang sam juga, anak saya ni jenis suka tahan mata. Taknak tidur siang walaupun bermacam cara dah buat. Tengok mata tahu dah dia mengantuk, tapi masih juga tahan mata. Penat weh masa tu. Ibu pon tanyalah pada kakak ibu, dia pon terus suggest balm TASNEEM NATUREL. Padahal firsttime dengar nama balm ni. Tak popular lagi masa tu. Ibu pon search lah, cari trusted seller sampailah terjumpa faceboo