pengalaman bersalin baby girl
.
jam 9.30mlm.
bgtau suami dah rasa sakit semacam sebab rasa senggugut + rasa nak berak. tapi sendiri tak pasti sakit betul2 ke, main2 jek. sebab byk Kali dah sakit tipu2. so, layankan je lah. Selang setengah jam sekali, sejam sekali. perut mengeras je, tapi xsakit.
jam 12.00 malam.
mula tak senang tidur. Cuba search Kat Google Tanda contraction hampir bersalin. lepas dah search tu, terus download apps contraction timer. sangat membantu. Masa tu tengah tidur kan thalhah. Masa ni thalhah macam tahu je yang ibu akan bersalin malam tu jugak. sebab dia pon macam Susah nak tido. tapi akhirnya, dia lena dlm kol1 gitu.
ibu pon bangkit dan kejut abang ajak masuk bilik. since pinggang dan perut makin sakit. Bila masuk bilik, terasa sakit makin kerap dan rasa nak terberak. huhhh. Masa tu istighfar bebyk, sambil baca doa nabi yunus dan urut2 perut. keluar masuk toilet sebab asyik nak terkencing je. huhu. Bila rasa perut sakit lain macam, dan contraction timer dah suruh prepare utk ke hospital, ibu Terus lah bangun kemas beg utk thalhah dan Abg.
jam 2.00 pagi.
tengah kemas2 beg tu, rasa nak terkencing. so, ibu pegi lah Tandas. duduk je, terus pegang, eh, darah. ok. serius nak terberanak dah ni. terus selesai kan haha, masuk dan kejut abg ajak pi hospital. boleh pulak Abg ckp "boleh tak pergi esok pagi je?"🤣🤣. nak bagi rasenye masa tu sebab dah sakit sangat. haha.
jam 2.30pagi
bertolak ke hospital, lepas siap semua brg yang nak dibawa. kalut jugak lah, sebab sakit dah teruk. hoho. tp buat2 cool. sebab xnak kena tahan Kat wad.
jam3.00pg
sampai je hospital, terus jumpa nurse. daftar semua. cek CTG, cek laluan. ok. dah 4cm. patutla sakit sangat.
terus doktor suruh masuk labour room untuk pecahkan air ketuban. puncanya, CTG baby nampak dah tak Cantik. berdebar jugak lah masa tu. ok, ibu follow the flow je dan berserah. pegi tukar Kain, jumpa Abg dan thalhah. amik semangat lah kononnya, padahal nak nangis je rasa masa tu. sempat lah makan coklat dgn minum air masak. nak bg tenaga masa teran nnti.
jam 5.30 pagi.
lepas siap semua procedure, nurse bawak masuk labour room. tukar baju dan kencing semua Kat labour room yang Sejuk Gila tu.
datang seorang doktor HO lelaki untuk cek laluan dan pecahkan ketuban. oleh sebab kedudukan rahim lower (entahla. bahasa doktor), susah untuk dia pecahkan ketuban. jenuh Seluk. sakit menggigil kesejukan tahap ape ntah masa tu. datang sorg lagi doktor India pompuan, dia dapat akhirnya pecahkan ketuban. ok, releks lagi, sebab Selang sakit xdeKat sangat. sempat lah tido kejap2 bila xdak contraction. datang midwife, tanya "nak tak ubat tahan sakit"? ibu dengan confident cakap. xnak lah, saya boleh tahan lagi. haha.
jam 6.00 pagi
ibu dah menjerit2 sakit rasa nak teran. lari masuk doktor India tadi cek laluan. tapi laluan masih 5-6cm. disebabkan slow progress, midwife datang masukkan drip air untuk cepatkn bukaan. Masa ni, memang ingat mati dan menyesal tak amik ubat tahan sakit. Masa ni, berpuluh Kali mintak ubat tahan sakit, sorang pon tak layan. sakit dia tahap tak boleh nak digambarkan sampai bergegar katil. dah lah sesorang jek ditinggalkan dalam tu untuk melayan contraction. macam nak Gila pon ada masa tu. menjerit2, meraung2, tapi xdak sapa endah kan. haha. Masa ni baru menyesal tak amik ubat tahan sakit masa midwife tny tadi. serius menyesal. sakittttttt sangat. ya Allah.
7.30pagi
terasa nak tercabut nyawa. menjerit bersungguh panggil doktor, nurse sekuat hati. sampai lah Ade sorang midwife masuk dan cek bukaan. ok, dah full 10cm, terus dia suruh push. haha. Masa ni ibu serius blurr. sebab tetiba je kena push. tapi push jugak lah sebab dia kata kepala baby dah nak keluar. Masa teran tu, sempat lagi minta ubat tahan sakit, sebab xmampu nak tahan sakit tu. midwife pon cakap, "ala, baby nak keluar dah ni. sat lagi hilang lah sakit.". Masa tu terus je yakin, push kejap je baby dah keluar. Terus lah push ikut arahan midwife sampai kena puji. "pandai nya push, panjang". "lagi, lagi, jangan berhenti lama untuk push". Masa tu push sekuat hati sebab tak sabar nak bagi baby keluar.
ok, alhamdulillah. kepala baby dah keluar. tapi midwife suruh jgn teran. sebab tali pusat terbelit Kat leher baby. dah siap potong, midwife suruh teruskan push untuk keluarkan bahu. tak sampai 5minit, baby keluar dengan jayanya. tapi baby nampak lemah sebab terbelit Kat leher sampai terberak. hoho.
mujur midwife steady. tepuk2 baby Kasi nangis, terus letak atas dada ibu. Masa tu, hilang rasa sakit tanpa bius tu. huhu.
lama jugak lah baby atas dada. sempat sembang lama dengan baby. alhamdulillah. thanks Allah. mudah kan keluar baby walaupun sakit yakmat.
lepas tu, midwife keluarkan pulak Uri dan darah beku. dan proses jahitan bermula.
tapi, Jahit tanpa bius ni tak sakit sangat berbanding sakit kena drip air tu tadi. hihihi. patutla sampai sekarang tak boleh tido.
.
7.50pagi
alhamdulillah. lahir lah sesorang puteri hafizah dan tajul asyraf.
comel.😍😍.
Comments
Post a Comment