Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tidur

7 tips mudahkan anak tidur lena

TIP 1 : MENGETAHUI KEPERLUAN WAKTU TIDUR MENGIKUT USIA. Sebagai ibubapa, kita haruslah mengetahui waktu tidur yang ideal untuk setiap anak. Ini kerana, kanak-kanak atau bayi yang kurang waktu tidur akan terganggu perkembangan dan emosinya, walaupun hanya 30-60 minit sehari. Kita pun kalau tidak cukup tidur akan berasa moody dan cepat marah apatah lagi mereka. Ini adalah jadual waktu tidur anak kita berdasarkan peringkat umur. (sumber: National Sleep Foundation). Bayi berumur 0 - 3 bulan Perlu tidur dalam 14 - 17 jam sehari. Tidak digalakkan kurang dari 11 jam atau lebih dari 19 jam. Bayi berumur 4 - 11 bulan Perlu tidur dalam 12 - 15 jam sehari. Tidak digalakkan kurang dari 11 jam dan lebih dari 18 jam sehari. Bayi berumur 1 - 2 tahun Perlu tidur dalam 11 - 14 jam sehari. Tidak digalakkan kurang dari 9 jam atau lebih dari 16 jam sehari. Kanak- kanak 3- 5 tahun Perlu tidur dalam 10 - 13 jam sehari. Tidak digalakkan kurang dari 8 jam atau lebih dari 14...

6 Sebab Anak Susah Tidur Siang

“Letihnya nak ‘berperang’ dengan si Thalhah ni. Tengok muka tu dah memang mengantuk, sampai ‘mood’ pun dah tak betul. Tapi masih nak tahan mata. Kenapa anak susah tidur siang ya?” Nak tidurkan anak bukanlah satu perkara yang mudah. Setiap anak pula, lain-lain karenahnya. Lebih-lebih lagi kalau kita banyak kerja yang nak diuruskan, masa itulah mereka buat perangai  tak mahu tidur. Foto Kredit: lifeasmama.com BERAPA JAMKAH SEBENARNYA WAKTU TIDUR ANAK YANG IDEAL? Menurut pendapat ahli paediatrik melalui DoktorBudak.com , berikut adalah jumlah tidur ideal yang diperlukan oleh anak-anak termasuk waktu tidur siang. Bawah 2 Bulan:  14-18 jam sehari 3-11 Bulan:  12-16 jam sehari 1-3 tahun:  12-14 jam sehari 3-5 tahun:  11-13 jam sehari 5-12 tahun:  10-11 jam sehari 12-18 tahun:  8-9 jam sehari Pada usia 2-3 tahun, biasanya anak akan tidur siang selama 1-3 jam. Pada umur 4 tahun nanti, hanya sekitar 50% anak yang masih me...