Skip to main content

Pengalaman bersalin normal anak kedua

pengalaman bersalin baby girl
.
jam 9.30mlm.
bgtau suami dah rasa sakit semacam sebab rasa senggugut + rasa nak berak. tapi sendiri tak pasti sakit betul2 ke, main2 jek. sebab byk Kali dah sakit tipu2. so, layankan je lah. Selang setengah jam sekali, sejam sekali. perut mengeras je, tapi xsakit.

jam 12.00 malam. 
mula tak senang tidur. Cuba search Kat Google Tanda contraction hampir bersalin. lepas dah search tu, terus download apps contraction timer. sangat membantu. Masa tu tengah tidur kan thalhah. Masa ni thalhah macam tahu je yang ibu akan bersalin malam tu jugak. sebab dia pon macam Susah nak tido. tapi akhirnya, dia lena dlm kol1 gitu. 
ibu pon bangkit dan kejut abang ajak masuk bilik. since pinggang dan perut makin sakit. Bila masuk bilik, terasa sakit makin kerap dan rasa nak terberak. huhhh. Masa tu istighfar bebyk, sambil baca doa nabi yunus dan urut2 perut. keluar masuk toilet sebab asyik nak terkencing je. huhu. Bila rasa perut sakit lain macam, dan contraction timer dah suruh prepare utk ke hospital, ibu Terus lah bangun kemas beg utk thalhah dan Abg.

jam 2.00 pagi.
tengah kemas2 beg tu, rasa nak terkencing.  so, ibu pegi lah Tandas. duduk je, terus pegang, eh, darah. ok. serius nak terberanak dah ni. terus selesai kan haha, masuk dan kejut abg ajak pi hospital. boleh pulak Abg ckp "boleh tak pergi esok pagi je?"🤣🤣. nak bagi rasenye masa tu sebab dah sakit sangat. haha.

jam 2.30pagi
bertolak ke hospital, lepas siap semua brg yang nak dibawa. kalut jugak lah, sebab sakit dah teruk. hoho. tp buat2 cool. sebab xnak kena tahan Kat wad.

jam3.00pg 
sampai je hospital, terus jumpa nurse. daftar semua. cek CTG, cek laluan. ok. dah 4cm. patutla sakit sangat.
terus doktor suruh masuk labour room untuk pecahkan air ketuban. puncanya, CTG baby nampak dah tak Cantik. berdebar jugak lah masa tu. ok, ibu follow the flow je dan berserah. pegi tukar Kain, jumpa Abg dan thalhah. amik semangat lah kononnya, padahal nak nangis je rasa masa tu. sempat lah makan coklat dgn minum air masak. nak bg tenaga masa teran nnti.

jam 5.30 pagi. 
lepas siap semua procedure, nurse bawak masuk labour room. tukar baju dan kencing semua Kat labour room yang Sejuk Gila tu.
datang seorang doktor HO lelaki untuk cek laluan dan pecahkan ketuban. oleh sebab kedudukan rahim lower (entahla. bahasa doktor), susah untuk dia pecahkan ketuban. jenuh Seluk. sakit menggigil kesejukan tahap ape ntah masa tu.  datang sorg lagi doktor India pompuan, dia dapat akhirnya pecahkan ketuban. ok, releks lagi, sebab Selang sakit xdeKat sangat. sempat lah tido kejap2 bila xdak contraction. datang midwife, tanya "nak tak ubat tahan sakit"? ibu dengan confident cakap. xnak lah, saya boleh tahan lagi. haha.

jam 6.00 pagi
ibu dah menjerit2 sakit rasa nak teran. lari masuk doktor India tadi cek laluan. tapi laluan masih 5-6cm. disebabkan slow progress, midwife datang masukkan drip air untuk cepatkn bukaan. Masa ni, memang ingat mati dan menyesal tak amik ubat tahan sakit. Masa ni, berpuluh Kali mintak ubat tahan sakit, sorang pon tak layan. sakit dia tahap tak boleh nak digambarkan sampai bergegar katil. dah lah sesorang jek ditinggalkan dalam tu untuk melayan contraction. macam nak Gila pon ada masa tu. menjerit2, meraung2, tapi xdak sapa endah kan. haha. Masa ni baru menyesal tak amik ubat tahan sakit masa midwife tny tadi. serius menyesal. sakittttttt sangat. ya Allah.

7.30pagi
terasa nak tercabut nyawa. menjerit bersungguh panggil doktor, nurse sekuat hati. sampai lah Ade sorang midwife masuk dan cek bukaan. ok, dah full 10cm, terus dia suruh push. haha. Masa ni ibu serius blurr. sebab tetiba je kena push. tapi push jugak lah sebab dia kata kepala baby dah nak keluar. Masa teran tu, sempat lagi minta ubat tahan sakit, sebab xmampu nak tahan sakit tu. midwife pon cakap, "ala, baby nak keluar dah ni. sat lagi hilang lah sakit.". Masa tu terus je yakin, push kejap je baby dah keluar. Terus lah push ikut arahan midwife sampai kena puji. "pandai nya push, panjang". "lagi, lagi, jangan berhenti lama untuk push". Masa tu push sekuat hati sebab tak sabar nak bagi baby keluar. 
ok, alhamdulillah. kepala baby dah keluar. tapi midwife suruh jgn teran. sebab  tali pusat terbelit Kat leher baby. dah siap potong, midwife suruh teruskan push untuk keluarkan bahu. tak sampai 5minit, baby keluar dengan jayanya. tapi baby nampak lemah sebab terbelit Kat leher sampai terberak. hoho. 
mujur midwife steady. tepuk2 baby Kasi nangis, terus letak atas dada ibu. Masa tu, hilang rasa sakit tanpa bius tu. huhu.
lama jugak lah baby atas dada. sempat sembang lama dengan baby. alhamdulillah. thanks Allah. mudah kan keluar baby walaupun sakit yakmat.
lepas tu, midwife keluarkan pulak Uri dan darah beku. dan proses jahitan bermula.
tapi, Jahit tanpa bius ni tak sakit sangat berbanding sakit kena drip air tu tadi. hihihi. patutla sampai sekarang tak boleh tido.
.
7.50pagi
alhamdulillah. lahir lah sesorang puteri hafizah dan tajul asyraf.
comel.😍😍.

Comments

Popular posts from this blog

tempat menarik di manjung

Jurassic park of manjung. . First time sampai sini. Tempat ni tersembunyi jugak lah. Dan tak sangka ada. Walaupun haiwan yang ada tak macam Kat 'jurassic park', tapi ok lah untuk bagi anak-anak kenal haiwan Kat situ. Boleh pegang, belai-belai. Err, Naik tak boleh tau. Tapi sebab thalhah ringan lagi, so bagi lah chance dia Naik. Fefeeling macam naik haiwan sebenar. Thalhah dah kenal semua haiwan, jadi datang sini Kita recap nama haiwan yang nampak real ni. Ohsem. 😄 . . Jadi lah pusing-pusing sejam tunggang semua haiwan Kat sini termasuk Dino yang besar tu. Mujur takde T-Rex dan yang lain. Kalau tak mesti lagi best. . Ada pulak satu rumah kecik dengan snow white dan orang kerdil. Orang kerdil yang sama tinggi dengan thalhah. 😂 . . Orang area Seri iskandar, lumut, manjung boleh lah datang sini bawak anak-anak untuk kenal haiwan. Itu pon dorang sangat seronok tau! 😁 . . Santai petang thalhah dengan makyang nya semalam. 😄 😄 .

Tips wean off anak berumur setahun 8 bulan

sumber : google.com Alhamdulillah, sepanjang menyusukan Thalhah adalah waktu yang paling seronok dalam hidup saya. Yelah, ada seorang anak yang sentiasa dekat dengan kita. Bila terpisah kejap, terasa lama. Padahal pergi masak kat dapur je. Setakat hari ini, belum pernah tinggalkan Thalhah berhari- hari dengan orang lain. Cuma masa Thalhah berumur 1 tahun 4 bulan, saya terpaksa tinggalkan dia dengan abahnya. Kerana saya ada IMKK selama 3 hari berturut.pergi pagi, malam baru jumpa. Bayangkan, masa itu Thalhah tak minum susu lain selain susu ibu. Minum dalam botol pon dia tak mahu. Betapa struggle nya masa itu demi ilmu. Tapi alhamdulillah, sepanjang ditinggalkan Thalhah tidak meragam dan beri kerjasama yang baik berbekalkan susu perahan dan susu kotak dutchlady. Masa Thalhah berumur 1 Tahun 6 bulan, saya disahkan mengandung anak kedua. Dan terpaksa membuat keputusan untuk wean off dia demi kesihatan saya dan bayi dalam kandungan. Bermula Thalhah berumur 1 tahun 8 bulan

8 cara hadapi anak tantrum

sumber : google.com TANTRUM ? apa itu tantrum? tantrum merupakan ekspresi emosi intens yang pada dasarnya adalah perilaku normal yang terjadi pada anak berusia 18- 36 bulan. tantrum dapat ditumjukkan dengan marah, teriak, membaling barang, menangis, menendang dan sebagainya. power struggle atau 'adu kekuatan' antara orang tua dan anak adalah salah satu penyebab terjadinya tantrum pada anak. Perkara yang paling membingungkan ibubapa adalah bila anak mula tantrum. Di rumah mungkin masih boleh dikawal, tetapi bila di tempat awam, kebanyakan ibubapa jadi bingung bagaimana cara untuk meredakan tantrum anak. Jadi, di sini saya ingin kongsikan tentang cara untuk hadapi tantrum anak supaya tantrumnya dapat dikawal dengan baik. Ia amat memerlukan kerjasama dari ibubapa. Ok, selamat membaca. Tips 1 : SABAR DAN TIDAK NAIK ANGIN sumber : google.com Apabila anak-anak menangis dan mengamuk, mereka perlu tahu bahawa ibu bapa sentiasa ada di sisi dan tidak naik ang