Skip to main content

Tips wean off anak berumur setahun 8 bulan


sumber : google.com

Alhamdulillah, sepanjang menyusukan Thalhah adalah waktu yang paling seronok dalam hidup saya. Yelah, ada seorang anak yang sentiasa dekat dengan kita. Bila terpisah kejap, terasa lama. Padahal pergi masak kat dapur je. Setakat hari ini, belum pernah tinggalkan Thalhah berhari- hari dengan orang lain. Cuma masa Thalhah berumur 1 tahun 4 bulan, saya terpaksa tinggalkan dia dengan abahnya. Kerana saya ada IMKK selama 3 hari berturut.pergi pagi, malam baru jumpa.

Bayangkan, masa itu Thalhah tak minum susu lain selain susu ibu. Minum dalam botol pon dia tak mahu. Betapa struggle nya masa itu demi ilmu. Tapi alhamdulillah, sepanjang ditinggalkan Thalhah tidak meragam dan beri kerjasama yang baik berbekalkan susu perahan dan susu kotak dutchlady.

Masa Thalhah berumur 1 Tahun 6 bulan, saya disahkan mengandung anak kedua. Dan terpaksa membuat keputusan untuk wean off dia demi kesihatan saya dan bayi dalam kandungan. Bermula Thalhah berumur 1 tahun 8 bulan, saya cuba-cuba pelbagai cara untuk wean offkan dia. Jenuh google, dan apply. Tanya pengalaman orang sana sini. Alhamdulillah, selama 3 bulan mencuba akhirnya berjaya latih Thalhah untuk wean off. Nak tau tips nya? Jom baca dibawah ini.

TIPS WEAN OFF ANAK BERUMUR SETAHUN 8 BULAN

TIPS 1 : BAGITAHU ANAK SETIAP HARI TANPA MISS
Sememangnya, nak wean off anak ni, satu cabaran besar bagi seorang ibu. Yelah, dah terbiasa bila anak merengek, mesti nak sua cik B, kan? Tapi mulai sekarang dah kena mula bagitahu anak setiap kali dia nak ‘nenen’. cakaplah, “Thalhah dah besar, tak boleh nenen ibu dah”.

Cakap je hari-hari tanpa miss. Sebab anak kita akan ingat dan faham. Cuma ambil masa.

TIPS 2 : KENALKAN DENGAN SUSU FORMULA
Ya, masa nak wean off Thalhah dulu, saya kenalkan dia dengan susu fresh ataupun susu fullcream dutchlady. Jadi, bila masa dia nak nenen je, saya terus capai botol susu dan isi susu fresh. Letak sikit-sikit je dulu, untuk pastikan dia minum sampai habis. Kalau tak, membazir nanti.

Minggu pertama memang dia akan tolak. Tapi inshaAllah lama-lama nanti dia akan minum. Cuma ibu kena lebih bersabar. Lepas nampak dah ok dia minum susu fresh, saya tukar ke susu formula. Bila dapat susu formula tu, nampak dia boleh minum sampai habis. Alhamdulillah.

Walaupun masa tu, dia takkan tidur selagi tak dapat nenen. Tapi, lama-lama bila dah penat, dia tertidur sendiri.

TIPS 3 : TIDUR SIANG DENGAN BUAIAN
Saya letak Thalhah dalam buaian bila nampak dia dah terlalu mengantuk tapi taknak tidur gara-gara menanti nenen ibu dia. Hehe. Tak sampai 5 minit buai, biasanya dia akan terlena. Saya gunakan buaian hanya waktu siang, untuk memudahkan kerja dan supaya tidur Thalhah lebih lena dan lama.
Tapi ini depends pada parents, ada yang suka buaian dan ada yang taknak guna. Terpulang.

TIPS 4 : SAPU ASAM JAWA SETIAP KALI ANAK MINTA ‘NENEN’
Tips ni saya belajar dari kakak saya sendiri. Dia cadangkan saya letak kat cik B, setiap kali Thalhah minta susu. Saya letak asam jawa siap-siap di dalam bekas kecik yang mudah di bawa kemana sahaja. Jadi mudah, bila diperlukan saya tinggal capai dan sapu je.

Pernah satu hari, jenuh saya cari bekas tu dalam rumah tapi tak jumpa. Rupa-rupanya Thalhah sorokkan kat tempat rahsia dia iaitu dalam bonet kereta mainan dia. Haha. Sengih-sengih dia bila saya terjumpa. Cara ni juga ambil masa sebab Thalhah pandai lap bila tahu saya sapu asam jawa. Ianya menjadi bila saya letak terlalu banyak dan rasa masam asam jawa tu membuatkan dia rasa nak muntah. Dan ada juga waktu dia tak kisah pon rasa masam asam jawa tu, nak tahu bila?. bila dia terlalu mengantuk waktu malam, dia akan hisap sampai hilang rasa masam dengan sendirinya dan tidur dengan lena. Tapi ini jarang-jarang berlaku.
TIPS 5 : BANCUH SUSU BILA TERJAGA WAKTU MALAM
Bila Thalhah terjaga waktu malam minta susu, saya bangun bancuhkan dia susu atau bagi air masak. Dengan cara ni, melatih Thalhah untuk terima susu apa sahaja. Lagipula dia dalam keadaan mamai, sudah semestinya terus capai dan habiskan.
Alhamdulillah, memang agak mudah untuk biasakan Thalhah dengan rutin minum susu botol waktu terjaga malam ni. Cuma ada masa, dia tolak dan tak nak minum pun. Tapi, tak mengapa, ibu kena berhati kental. Lama- lama dia terbiasa dengan rutin itu.

TIPS 6 : KERJASAMA IBU DAN AYAH
Dalam keberhasilan tips-tips diatas, semuanya perlukan kerjasama dari ibu dan ayah. tanpa kerjasama, semua ni memang sangat susah untuk dicapai. Yelah, mana nak layan anak yang meragam, merengek sepanjang hari bila tak dapat nenen ibunya, kan?.

Sepanjang proses wean off Thalhah ni,abah dialah yang paling supportive. Abah Thalhah yang selalu pujuk Thalhah bila dia meragam dan merengek. Tidurkan Thalhah bila Thalhah taknak tidur sebab rindukan susu ibunya.

Jadi, di sepanjang proses wean off Thalhah sememangnya ada fasa suka dan duka. Tapi ianya berjalan dengan lancar dan akhirnya, sebelum umur dua tahun, Thalhah dah berjaya wean off sepenuhnya. Ambil masa hanya dalam tempoh 3 bulan sahaja, Alhamdulillah.

Jadi, ibu-ibu diluar sana jangan mudah putus asa dan hati perlu kental untuk wean off anak. Semoga berjaya ya!.

Comments

Popular posts from this blog

tempat menarik di manjung

Jurassic park of manjung. . First time sampai sini. Tempat ni tersembunyi jugak lah. Dan tak sangka ada. Walaupun haiwan yang ada tak macam Kat 'jurassic park', tapi ok lah untuk bagi anak-anak kenal haiwan Kat situ. Boleh pegang, belai-belai. Err, Naik tak boleh tau. Tapi sebab thalhah ringan lagi, so bagi lah chance dia Naik. Fefeeling macam naik haiwan sebenar. Thalhah dah kenal semua haiwan, jadi datang sini Kita recap nama haiwan yang nampak real ni. Ohsem. 😄 . . Jadi lah pusing-pusing sejam tunggang semua haiwan Kat sini termasuk Dino yang besar tu. Mujur takde T-Rex dan yang lain. Kalau tak mesti lagi best. . Ada pulak satu rumah kecik dengan snow white dan orang kerdil. Orang kerdil yang sama tinggi dengan thalhah. 😂 . . Orang area Seri iskandar, lumut, manjung boleh lah datang sini bawak anak-anak untuk kenal haiwan. Itu pon dorang sangat seronok tau! 😁 . . Santai petang thalhah dengan makyang nya semalam. 😄 😄 .

8 cara hadapi anak tantrum

sumber : google.com TANTRUM ? apa itu tantrum? tantrum merupakan ekspresi emosi intens yang pada dasarnya adalah perilaku normal yang terjadi pada anak berusia 18- 36 bulan. tantrum dapat ditumjukkan dengan marah, teriak, membaling barang, menangis, menendang dan sebagainya. power struggle atau 'adu kekuatan' antara orang tua dan anak adalah salah satu penyebab terjadinya tantrum pada anak. Perkara yang paling membingungkan ibubapa adalah bila anak mula tantrum. Di rumah mungkin masih boleh dikawal, tetapi bila di tempat awam, kebanyakan ibubapa jadi bingung bagaimana cara untuk meredakan tantrum anak. Jadi, di sini saya ingin kongsikan tentang cara untuk hadapi tantrum anak supaya tantrumnya dapat dikawal dengan baik. Ia amat memerlukan kerjasama dari ibubapa. Ok, selamat membaca. Tips 1 : SABAR DAN TIDAK NAIK ANGIN sumber : google.com Apabila anak-anak menangis dan mengamuk, mereka perlu tahu bahawa ibu bapa sentiasa ada di sisi dan tidak naik ang