Skip to main content

Petua hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak



Bayi dan kanak-kanak paling mudah dijangkiti batuk dan selesema. Ianya masih dianggap normal sekiranya anak masih aktif dan menyusu seperti biasa. Namun, jika anak tidak aktif, tidak mahu menyusu dan berat badannya menurun, segeralah ke hospital atau klinik untuk pemeriksaan lanjut..
Kebiasaannya, doktor tidak memberi ubat batuk dan selesema jika bayi masih di bawah umur 6bulan. Doktor hanya akan memberitahu bahawa ianya normal bagi bayi kerana masih ada lendir yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir iaitu batuk berkahak. Ia akan keluar sendiri melalui muntah atau najis. Kalau asyik tidak hilang-hilang, boleh cuba dibawah ini.

Jika anak tidak sihat, ibubapa perlu mengelakkan membawa anak ke tempat-tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam, ataupun kenduri kerana anak akan berasa terlalu letih dan melambatkan proses penyembuhan. Selain itu, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain. Jika tiada sebab yang memaksa, hanya rehatkan anak dirumah.

Tepuk ini ibu belajar dari youtube pa&ma. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan depan dan belakang dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung. (boleh view link tadi ya)
Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.

Ini cara menghilangkan batuk secara mandian yang dapat mengeringkan hingus bayi. Caranya, letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Aroma bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

Cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin harian setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam dan tidur lena. Urutan pada bayi akan memberikan keselesaan kepada bayi. Jom kita jadikan rutin urutan kepada bayi.

Setiap ibubapa boleh mengeluarkan hingus anak dengan cara menyedut hingus menggunakan alat penyedut hidung. Alat tersebut boleh didapati di farmasi dan klinik berdekatan anda. Tapi ibu selalunya sedut hanya menggunakan mulut sahaja. Cuma perlu pastikan selepas sedutan dibuat, ibu perlu cuci mulut untuk mengelakkan diri dijangkiti selesema juga.

Buat ibu-ibu yang masih menyusukan bayi, anda dinasihatkan untuk menjaga pemakanan. ibu boleh banyakkan pengambilan makanan berkhasiat seperti sup ayam dan daging. Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik umtuk bayi sebagai penawar sakit. Sebab itu, kebiasaannya bayi yang masih menyusu ibu jarang mendapat sakit yang sangat lama. 
Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selesema.

Untuk cara yang lebih mudah dan pantas, ibu boleh gunakan balm cfrub daripada TasneemNaturel. Balm ini diekstrak daripada bahan semulajadi seperti kulit kayu putih, tea tree, lemon dan cypress bagi meredakan batuk dan selesema anak kecil termasuk dewasa.
untuk maklumat lanjut mengenai balm cfrub ini, boleh terus wasap saya dengan hanya tekan nama ini Hafizah Adimun.

HARAPAN SAYA!
Semoga petua menghilangkan batuk ini memberikan manfaat dan semoga anak-anak kita cepat sembuh dari batuk dan selesema. Selamat mencuba ya! 

Comments

Popular posts from this blog

tempat menarik di manjung

Jurassic park of manjung. . First time sampai sini. Tempat ni tersembunyi jugak lah. Dan tak sangka ada. Walaupun haiwan yang ada tak macam Kat 'jurassic park', tapi ok lah untuk bagi anak-anak kenal haiwan Kat situ. Boleh pegang, belai-belai. Err, Naik tak boleh tau. Tapi sebab thalhah ringan lagi, so bagi lah chance dia Naik. Fefeeling macam naik haiwan sebenar. Thalhah dah kenal semua haiwan, jadi datang sini Kita recap nama haiwan yang nampak real ni. Ohsem. 😄 . . Jadi lah pusing-pusing sejam tunggang semua haiwan Kat sini termasuk Dino yang besar tu. Mujur takde T-Rex dan yang lain. Kalau tak mesti lagi best. . Ada pulak satu rumah kecik dengan snow white dan orang kerdil. Orang kerdil yang sama tinggi dengan thalhah. 😂 . . Orang area Seri iskandar, lumut, manjung boleh lah datang sini bawak anak-anak untuk kenal haiwan. Itu pon dorang sangat seronok tau! 😁 . . Santai petang thalhah dengan makyang nya semalam. 😄 😄 .

Tips wean off anak berumur setahun 8 bulan

sumber : google.com Alhamdulillah, sepanjang menyusukan Thalhah adalah waktu yang paling seronok dalam hidup saya. Yelah, ada seorang anak yang sentiasa dekat dengan kita. Bila terpisah kejap, terasa lama. Padahal pergi masak kat dapur je. Setakat hari ini, belum pernah tinggalkan Thalhah berhari- hari dengan orang lain. Cuma masa Thalhah berumur 1 tahun 4 bulan, saya terpaksa tinggalkan dia dengan abahnya. Kerana saya ada IMKK selama 3 hari berturut.pergi pagi, malam baru jumpa. Bayangkan, masa itu Thalhah tak minum susu lain selain susu ibu. Minum dalam botol pon dia tak mahu. Betapa struggle nya masa itu demi ilmu. Tapi alhamdulillah, sepanjang ditinggalkan Thalhah tidak meragam dan beri kerjasama yang baik berbekalkan susu perahan dan susu kotak dutchlady. Masa Thalhah berumur 1 Tahun 6 bulan, saya disahkan mengandung anak kedua. Dan terpaksa membuat keputusan untuk wean off dia demi kesihatan saya dan bayi dalam kandungan. Bermula Thalhah berumur 1 tahun 8 bulan

8 cara hadapi anak tantrum

sumber : google.com TANTRUM ? apa itu tantrum? tantrum merupakan ekspresi emosi intens yang pada dasarnya adalah perilaku normal yang terjadi pada anak berusia 18- 36 bulan. tantrum dapat ditumjukkan dengan marah, teriak, membaling barang, menangis, menendang dan sebagainya. power struggle atau 'adu kekuatan' antara orang tua dan anak adalah salah satu penyebab terjadinya tantrum pada anak. Perkara yang paling membingungkan ibubapa adalah bila anak mula tantrum. Di rumah mungkin masih boleh dikawal, tetapi bila di tempat awam, kebanyakan ibubapa jadi bingung bagaimana cara untuk meredakan tantrum anak. Jadi, di sini saya ingin kongsikan tentang cara untuk hadapi tantrum anak supaya tantrumnya dapat dikawal dengan baik. Ia amat memerlukan kerjasama dari ibubapa. Ok, selamat membaca. Tips 1 : SABAR DAN TIDAK NAIK ANGIN sumber : google.com Apabila anak-anak menangis dan mengamuk, mereka perlu tahu bahawa ibu bapa sentiasa ada di sisi dan tidak naik ang