Skip to main content

bahayakah pornografi?


Pornografi adalah satu aktiviti yang tidak sihat sama seperti ketagihan dadah. Bila sudah terjebak, ia boleh terus menghanyutkan sesiapa sahaja tanpa sesiapa tahu.

Apa itu pornografi?
Pornografi ialah apa sahaj bahan samada visual atau bertulis yang bertujuan meransang keinginan seksual dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca.

TAHUKAH ANDA, PORNOGRAFI MEMBAHAYAKAN?
Kajian menunjukkan pornografi memberi kesan pada otak manusia. Iaitu :
Terdapat perbezaan aktiviti otak di antara orang yang sihat dan mereka yang menonton pornografi dan masturbasi.
PORNOGRAFI mengubah otak manusai sama seperti DADAH mengubah otak seseorang.
Berlaku kesan fizikal dan biokimikal kepada otak iaitu sel- sel kurang berhubung, kurang aktif, mengecut di beberapa bahagian terutama pada kanak-kanak dan remaja.
Pornografi akan menguasai keupayaan otak untuk melakukan aktiviti seks.

KESAN PORNOGRAFI PADA EMOSI DAN HUBUNGAN PASANGAN
Masalah emosi seseorang yang menonton porno:

  • Murung
  • Rasa keseorangan
  • Rasa tidak selamat

Masalah hubungan pasangan

  • Kurang kepuasan seksual terhadap pasangan
  • Prestasi seksual menurun
  • Kurang keintiman dengan pasangan
  • Tiada ikatan emosi dengan pasangan, hanya hubungan seksual

BAGAIMANA PENGGUNAAN BAHAN PORNO MEMBERI KESAN KEPADA MASYARAKAT?

  • Pendedahan kepada pornografi samada ganas ataupun tidak, akan meningkatkan kelakuan yang agresif
  • Meningkatkan tingkahlaku negatif terhadap wanita kerana kurang rasa hormat pada wanita
  • Mengurangkan empati kepada mangsa keganasan seksual dan meningkatkan perlakuan ingin mendominasi dan menguasai terutamanya dalam perlakuan seksual
  • Pornografi menyumbang kepada CHILDREN SEX TRAFFICKING

BAGAIMANA PORNOGRAFI BOLEH MENYEBABKAN KETAGIHAN?

  1. Otak manusia mempunyai ‘reward pathway’.
  2. Apabila kita melakukan sesuatu yang menggembirakan seperti makan makanan kesukaan, bermain sukan yang diminati. Bahagian otak akan melepaskan sejenis neurotransmitter iaitu dopamine dan epinephrine.
  3. Pelepasan neurotransmitter ini akan menyebabkan seseorang itu merasa seronok.
  4. Ditahap ini seseorang telah bergantung pada bahan- bahan pornografi.
  5. Lama kelamaan badan dan otak seseorang telah terbiasa dengan tahap neurotransmitter yang tinggi.
  6. Disebabkan keseronokan tersebut, seseorang itu ingin mengulangi perbuatan tersebut.
  7. Seseorang itu akan melihat pornografi dengan lebih kerap.
  8. Seseorang itu akan memilih untuk bersendirian untuk melihat bahan- bahan pornografi. Mereka akan berhenti melakukan aktiviti- aktiviti normal yang selalu dilakukan seperti bersukan, keluar dengan kawan, membeli belah dan sebagainya.
  9. Dan makin lama pergantungan pada bahan pornografi akan semakin teruk.
  10. Masa banyak dihabiskan melihat pornografi sahaja.
KALAU KETAGIH, APA PERLU BUAT?

  1. Sila dapatkan bantuan segera dari kaunselor
  2. Kenalpasti punca pendedahan bahan pornografi samada handphone atau komputer
  3. Penuhkan masa lapang dengan aktiviti berfaedah seperti bersukan, membaca buku
  4. Jangan bawa handphone atau komputer ke dalam bilik tidur
  5. Kurangkan aktiviti ‘screen time’
  6. Kurangkan pergaulan dengan kawan-kawan yang melihat bahan pornografi.

Comments

Popular posts from this blog

tempat menarik di manjung

Jurassic park of manjung. . First time sampai sini. Tempat ni tersembunyi jugak lah. Dan tak sangka ada. Walaupun haiwan yang ada tak macam Kat 'jurassic park', tapi ok lah untuk bagi anak-anak kenal haiwan Kat situ. Boleh pegang, belai-belai. Err, Naik tak boleh tau. Tapi sebab thalhah ringan lagi, so bagi lah chance dia Naik. Fefeeling macam naik haiwan sebenar. Thalhah dah kenal semua haiwan, jadi datang sini Kita recap nama haiwan yang nampak real ni. Ohsem. 😄 . . Jadi lah pusing-pusing sejam tunggang semua haiwan Kat sini termasuk Dino yang besar tu. Mujur takde T-Rex dan yang lain. Kalau tak mesti lagi best. . Ada pulak satu rumah kecik dengan snow white dan orang kerdil. Orang kerdil yang sama tinggi dengan thalhah. 😂 . . Orang area Seri iskandar, lumut, manjung boleh lah datang sini bawak anak-anak untuk kenal haiwan. Itu pon dorang sangat seronok tau! 😁 . . Santai petang thalhah dengan makyang nya semalam. 😄 😄 .

Tips wean off anak berumur setahun 8 bulan

sumber : google.com Alhamdulillah, sepanjang menyusukan Thalhah adalah waktu yang paling seronok dalam hidup saya. Yelah, ada seorang anak yang sentiasa dekat dengan kita. Bila terpisah kejap, terasa lama. Padahal pergi masak kat dapur je. Setakat hari ini, belum pernah tinggalkan Thalhah berhari- hari dengan orang lain. Cuma masa Thalhah berumur 1 tahun 4 bulan, saya terpaksa tinggalkan dia dengan abahnya. Kerana saya ada IMKK selama 3 hari berturut.pergi pagi, malam baru jumpa. Bayangkan, masa itu Thalhah tak minum susu lain selain susu ibu. Minum dalam botol pon dia tak mahu. Betapa struggle nya masa itu demi ilmu. Tapi alhamdulillah, sepanjang ditinggalkan Thalhah tidak meragam dan beri kerjasama yang baik berbekalkan susu perahan dan susu kotak dutchlady. Masa Thalhah berumur 1 Tahun 6 bulan, saya disahkan mengandung anak kedua. Dan terpaksa membuat keputusan untuk wean off dia demi kesihatan saya dan bayi dalam kandungan. Bermula Thalhah berumur 1 tahun 8 bulan

8 cara hadapi anak tantrum

sumber : google.com TANTRUM ? apa itu tantrum? tantrum merupakan ekspresi emosi intens yang pada dasarnya adalah perilaku normal yang terjadi pada anak berusia 18- 36 bulan. tantrum dapat ditumjukkan dengan marah, teriak, membaling barang, menangis, menendang dan sebagainya. power struggle atau 'adu kekuatan' antara orang tua dan anak adalah salah satu penyebab terjadinya tantrum pada anak. Perkara yang paling membingungkan ibubapa adalah bila anak mula tantrum. Di rumah mungkin masih boleh dikawal, tetapi bila di tempat awam, kebanyakan ibubapa jadi bingung bagaimana cara untuk meredakan tantrum anak. Jadi, di sini saya ingin kongsikan tentang cara untuk hadapi tantrum anak supaya tantrumnya dapat dikawal dengan baik. Ia amat memerlukan kerjasama dari ibubapa. Ok, selamat membaca. Tips 1 : SABAR DAN TIDAK NAIK ANGIN sumber : google.com Apabila anak-anak menangis dan mengamuk, mereka perlu tahu bahawa ibu bapa sentiasa ada di sisi dan tidak naik ang