Skip to main content

Rumah sepah, Tanda anak anda bijak!.


Rumah sepah, Tanda anak anda bijak!.
.
Ibu-ibu jangan runsing, tension , stress bila rumah asyik sepah jek.
Sebab bila rumah bersepah dek kerana ada tukang tabur toys dan main sepuas hati sampai penuh lantai rumah, itu maksudnya anak anda BIJAK.
.
Dorang tengah eksplore, dan bereksperimentasi dengan apa yang ada di depan mata dorang.
Lagi-lagi bila berumur 2 tahun keatas ni. Lagi kreatif cara dorang buat 'kerja' mencantikkan rumah.
.
Tapi bila dah sepah, jangan lupa ajar dorang cara kemas semula ya. Walaupun agak Susah pada awalnya, tapi lama-lama dorang akan kemas sendiri. Ehehhh.
Ibu-ibu kena lah kemas dan ajak dorang sekali. Secara tak langsung, dorang tau lepas main kena kemas.
.
Ni jangan la pulak, anak baru tuang mainan, dah disuruh kemas. Memang spoil mood anak lah..🤣🤣.

nampak tak wajah gembira anak bila dah buat sepah.
jadi, ibu-ibu kena kental dan layan je anak-anak buat sepah. 
letakkan dalam mindset, yang anak buat sepah ni seorang anak yang bijak dan kreatif.

Comments

Popular posts from this blog

tempat menarik di manjung

Jurassic park of manjung. . First time sampai sini. Tempat ni tersembunyi jugak lah. Dan tak sangka ada. Walaupun haiwan yang ada tak macam Kat 'jurassic park', tapi ok lah untuk bagi anak-anak kenal haiwan Kat situ. Boleh pegang, belai-belai. Err, Naik tak boleh tau. Tapi sebab thalhah ringan lagi, so bagi lah chance dia Naik. Fefeeling macam naik haiwan sebenar. Thalhah dah kenal semua haiwan, jadi datang sini Kita recap nama haiwan yang nampak real ni. Ohsem. 😄 . . Jadi lah pusing-pusing sejam tunggang semua haiwan Kat sini termasuk Dino yang besar tu. Mujur takde T-Rex dan yang lain. Kalau tak mesti lagi best. . Ada pulak satu rumah kecik dengan snow white dan orang kerdil. Orang kerdil yang sama tinggi dengan thalhah. 😂 . . Orang area Seri iskandar, lumut, manjung boleh lah datang sini bawak anak-anak untuk kenal haiwan. Itu pon dorang sangat seronok tau! 😁 . . Santai petang thalhah dengan makyang nya semalam. 😄 😄 .

Tips wean off anak berumur setahun 8 bulan

sumber : google.com Alhamdulillah, sepanjang menyusukan Thalhah adalah waktu yang paling seronok dalam hidup saya. Yelah, ada seorang anak yang sentiasa dekat dengan kita. Bila terpisah kejap, terasa lama. Padahal pergi masak kat dapur je. Setakat hari ini, belum pernah tinggalkan Thalhah berhari- hari dengan orang lain. Cuma masa Thalhah berumur 1 tahun 4 bulan, saya terpaksa tinggalkan dia dengan abahnya. Kerana saya ada IMKK selama 3 hari berturut.pergi pagi, malam baru jumpa. Bayangkan, masa itu Thalhah tak minum susu lain selain susu ibu. Minum dalam botol pon dia tak mahu. Betapa struggle nya masa itu demi ilmu. Tapi alhamdulillah, sepanjang ditinggalkan Thalhah tidak meragam dan beri kerjasama yang baik berbekalkan susu perahan dan susu kotak dutchlady. Masa Thalhah berumur 1 Tahun 6 bulan, saya disahkan mengandung anak kedua. Dan terpaksa membuat keputusan untuk wean off dia demi kesihatan saya dan bayi dalam kandungan. Bermula Thalhah berumur 1 tahun 8 bulan

8 cara hadapi anak tantrum

sumber : google.com TANTRUM ? apa itu tantrum? tantrum merupakan ekspresi emosi intens yang pada dasarnya adalah perilaku normal yang terjadi pada anak berusia 18- 36 bulan. tantrum dapat ditumjukkan dengan marah, teriak, membaling barang, menangis, menendang dan sebagainya. power struggle atau 'adu kekuatan' antara orang tua dan anak adalah salah satu penyebab terjadinya tantrum pada anak. Perkara yang paling membingungkan ibubapa adalah bila anak mula tantrum. Di rumah mungkin masih boleh dikawal, tetapi bila di tempat awam, kebanyakan ibubapa jadi bingung bagaimana cara untuk meredakan tantrum anak. Jadi, di sini saya ingin kongsikan tentang cara untuk hadapi tantrum anak supaya tantrumnya dapat dikawal dengan baik. Ia amat memerlukan kerjasama dari ibubapa. Ok, selamat membaca. Tips 1 : SABAR DAN TIDAK NAIK ANGIN sumber : google.com Apabila anak-anak menangis dan mengamuk, mereka perlu tahu bahawa ibu bapa sentiasa ada di sisi dan tidak naik ang