Skip to main content

7 tips mudahkan anak tidur lena

TIP 1 : MENGETAHUI KEPERLUAN WAKTU TIDUR MENGIKUT USIA.
Sebagai ibubapa, kita haruslah mengetahui waktu tidur yang ideal untuk setiap anak. Ini kerana, kanak-kanak atau bayi yang kurang waktu tidur akan terganggu perkembangan dan emosinya, walaupun hanya 30-60 minit sehari. Kita pun kalau tidak cukup tidur akan berasa moody dan cepat marah apatah lagi mereka.

Ini adalah jadual waktu tidur anak kita berdasarkan peringkat umur. (sumber: National Sleep Foundation).

Bayi berumur 0 - 3 bulan
Perlu tidur dalam 14 - 17 jam sehari. Tidak digalakkan kurang dari 11 jam atau lebih dari 19 jam.

Bayi berumur 4 - 11 bulan
Perlu tidur dalam 12 - 15 jam sehari. Tidak digalakkan kurang dari 11 jam dan lebih dari 18 jam sehari.

Bayi berumur 1 - 2 tahun
Perlu tidur dalam 11 - 14 jam sehari. Tidak digalakkan kurang dari 9 jam atau lebih dari 16 jam sehari.

Kanak- kanak 3- 5 tahun
Perlu tidur dalam 10 - 13 jam sehari. Tidak digalakkan kurang dari 8 jam atau lebih dari 14 jam sehari.

Kanak - kanak 6 - 13 tahun
Perlu tidur dalam 9 - 11 jam sehari. Tidak digalakkan kurang dari 7 jam atau lebih dari 11 jam sehari.

Kita berhak menentukan waktu tidr anak kita. Dan pastikan mereka mendapat tidur yang berkualiti untuk menjamin bila mereka bangun dari tidur, mood mereka baik dan gembira sepanjang hari. Maka, kuranglah drama di hari tersebut. Kan ibu-ibu?

Seterusnya, tips kedua.

TIPS 2: MEMASTIKAN MEREKA MENDAPAT SENAMAN ATAU GERAKAN YANG SIHAT DENGAN KERAP.
Ya, bayi atau kanak-kanak yang aktif disiang hari akan lebih mudah tidur di waktu malam. Hal ini disebabkan oleh kepenatan dan tenaga meraka telah digunakan ketika melakukan aktiviti- aktiviti di waktu siang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti mandi kolam, berbasikal, main playground dan segala aktiviti berbentuk fizikal.
Bagi bayi pula, ibu-ibu boleh ajak anak bermain, baca buku, bersembang dengan nya dan segala aktiviti yang boleh merangsang bayi. Boleh refer sini (https://siraplimau.com/aktiviti-untuk-bayi-kanak-kanak-main/)

Seterusnya, tips ketiga.

TIPS 3 : MEWUJUDKAN PERSEKITARAN TIDUR YANG IDEAL, SELESA DAN SELAMAT.
Kebiasaanya, bayi dan kanak-kanak lebih mudah tidur bila mereka selesa dengan persekitaran. Perasan tak, bila rumah ibu-ibu penuh dengan sanak saudara pasti riuh rendah dan anak pula susah untuk diajak tidur kerana leka dengan persekitaran. Sudahnya, terpaksa ajak semua orang tidur untuk pastikan anak kita tidur lena.
Oleh itu, sebagai persediaan. Kita perlulah bawa anak masuk bilik bila tiba waktu tidurnya dan malapkan lampu bilik. Pastikan juga bilik sunyi dari sebarang bunyi.

 
TIPS 4 : MEMATIKAN BARANG ELEKTRONIK SEKITAR TEMPAT TIDUR
Pastikan kita tutup segala media elektronik seperti television, handphone, radio dan sebagainya ketika tiba waktu tidur anak. Yelah, kita yang sudah dewasa pun bila dapat tengok handphone boleh tahan mata sampai ke pagi, inikan pula kanak-kanak atau bayi. Kalau boleh, elakkan bunyi-bunyian yang boleh menarik perhatian mereka untuk bangun dari tempat tidur dan main. Lagi bagus, pasangkan radio ayat-ayat suci alquran dengan nada perlahan atau dibaca sendiri oleh ibu atau ayah.

TIPS 5 :MENGELAKKAN MAKANAN KAFIEN SEBELUM TIDUR 
Bagi bayi yang masih menyusu badan, ibu perlu elakkan minum kafein sebelum waktu tidur. Kerana kafein itu akan meyebabkan bayi tidak dapat tidur dan berjaga sepanjang malam. Walaupun kita boleh tidur dengan lena.
Begitu juga kanak-kanak, elakkan memberi mereka minuman teh ataupun kopi sebelum waktu tidur. Untuk mengelakkan gangguan pada tidur mereka.


TIPS 6 : MENCARI PUNCA TANDA-TANDA GANGGUAN TIDUR
Kebiasaannya, bayi berusia 6 bulan akan menunjukkan tanda awal masalah tidur dengan bangun seawal 5 pagi dan akan berjaga pada jam 11 malam. Sekiranya masalah ini berlanjutan sehingga ke umurnya setahun, ibu akan dapati dia bangun pada jam 9 malam, 11 malam, 1 pagi, 3 pagi dan 5 pagi!. ini bermakna ibu harus selesaikan masalah ini dengan segera. Lebih cepat ibu selesaikan masalah ini, lebih baik!.

Antara 6 punca gangguan tidur bayi:
1. bayi anda lapar
2. Bayi terbiasa dengan puting
3. Mendukung bayi sehingga tidur
4. Menyusukan bayi sehingga tertidur
5. Sejuk diwaktu malam
6. Berpindah rumah

Jika 6 perkara diatas dapat selesaikan dengan baik, anak ibu pasti dapat tidur dengan lebih lena selepas ini. Jika penggunaan mainan ataupun menepuk bayi untuk tidur akan menyebabkan anak terjaga pada waktu malam, ibu perlu berhenti menggunakannya.
TIPS 7 : MENYUSUN  RUTIN TIDUR YANG TERATUR
Menyusun pola tidur yang teratur amat penting untuk setiap bayi mahupun kanak-kanak. Ibu perlu menggunakan teknik yang sesuai dengan peringkat umuranak dan pastikan mereka mendapat tidur yang berkualiti. Ingatlah, rutin tidur yang teratur adalah proses yang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak. Jom mulakan sekarang!.

KESIMPULAN
Ibu sudah tahu 7 tips mudahkan anak tidur lena pada waktu malam. Jadi, jangan lupa aplikasikan pada anak-anak. Tak salah untuk cuba hanya untuk tumbesaran anak-anak yang lebih sihat. Bila tidur anak cukup, emosi pun stabil. Sudah tentu mereka akan ceria sepanjang hari. Ayuh, mulakan sekarang!

Semoga bermanfaat sharing saya kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

tempat menarik di manjung

Jurassic park of manjung. . First time sampai sini. Tempat ni tersembunyi jugak lah. Dan tak sangka ada. Walaupun haiwan yang ada tak macam Kat 'jurassic park', tapi ok lah untuk bagi anak-anak kenal haiwan Kat situ. Boleh pegang, belai-belai. Err, Naik tak boleh tau. Tapi sebab thalhah ringan lagi, so bagi lah chance dia Naik. Fefeeling macam naik haiwan sebenar. Thalhah dah kenal semua haiwan, jadi datang sini Kita recap nama haiwan yang nampak real ni. Ohsem. 😄 . . Jadi lah pusing-pusing sejam tunggang semua haiwan Kat sini termasuk Dino yang besar tu. Mujur takde T-Rex dan yang lain. Kalau tak mesti lagi best. . Ada pulak satu rumah kecik dengan snow white dan orang kerdil. Orang kerdil yang sama tinggi dengan thalhah. 😂 . . Orang area Seri iskandar, lumut, manjung boleh lah datang sini bawak anak-anak untuk kenal haiwan. Itu pon dorang sangat seronok tau! 😁 . . Santai petang thalhah dengan makyang nya semalam. 😄 😄 .

Tips wean off anak berumur setahun 8 bulan

sumber : google.com Alhamdulillah, sepanjang menyusukan Thalhah adalah waktu yang paling seronok dalam hidup saya. Yelah, ada seorang anak yang sentiasa dekat dengan kita. Bila terpisah kejap, terasa lama. Padahal pergi masak kat dapur je. Setakat hari ini, belum pernah tinggalkan Thalhah berhari- hari dengan orang lain. Cuma masa Thalhah berumur 1 tahun 4 bulan, saya terpaksa tinggalkan dia dengan abahnya. Kerana saya ada IMKK selama 3 hari berturut.pergi pagi, malam baru jumpa. Bayangkan, masa itu Thalhah tak minum susu lain selain susu ibu. Minum dalam botol pon dia tak mahu. Betapa struggle nya masa itu demi ilmu. Tapi alhamdulillah, sepanjang ditinggalkan Thalhah tidak meragam dan beri kerjasama yang baik berbekalkan susu perahan dan susu kotak dutchlady. Masa Thalhah berumur 1 Tahun 6 bulan, saya disahkan mengandung anak kedua. Dan terpaksa membuat keputusan untuk wean off dia demi kesihatan saya dan bayi dalam kandungan. Bermula Thalhah berumur 1 tahun 8 bulan

8 cara hadapi anak tantrum

sumber : google.com TANTRUM ? apa itu tantrum? tantrum merupakan ekspresi emosi intens yang pada dasarnya adalah perilaku normal yang terjadi pada anak berusia 18- 36 bulan. tantrum dapat ditumjukkan dengan marah, teriak, membaling barang, menangis, menendang dan sebagainya. power struggle atau 'adu kekuatan' antara orang tua dan anak adalah salah satu penyebab terjadinya tantrum pada anak. Perkara yang paling membingungkan ibubapa adalah bila anak mula tantrum. Di rumah mungkin masih boleh dikawal, tetapi bila di tempat awam, kebanyakan ibubapa jadi bingung bagaimana cara untuk meredakan tantrum anak. Jadi, di sini saya ingin kongsikan tentang cara untuk hadapi tantrum anak supaya tantrumnya dapat dikawal dengan baik. Ia amat memerlukan kerjasama dari ibubapa. Ok, selamat membaca. Tips 1 : SABAR DAN TIDAK NAIK ANGIN sumber : google.com Apabila anak-anak menangis dan mengamuk, mereka perlu tahu bahawa ibu bapa sentiasa ada di sisi dan tidak naik ang