Skip to main content

Posts

balm bantu anak tidur lena

1.  Nama produk :   sleeptime balm  (NOT170403429K) Cara guna produk : sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan. Bahan dalam produk secara detail : 1.  Marjoram  : bersifat menenangkan dan menyokong sistem imun. Boleh bertindak merawat batuk, hidung berair, isu pundi hempedu, masalah penghadaman, pening migrain, sakit kepala, sakit saraf dan lumpuh juga. 2.  Roman chamomile : aroma yang menenangkan, mempunyai antioksidan yang tinggi dan membantu sistem imunisasi. 3.  Lavender  : memperlahankan aktiviti sistem saraf, memberi rasa releks dan meningkatkan mood bagi mereka yang sering mengalami gangguan tidur. Meningkatkan kualiti tidur, mood yang lebih stabil dan penumpuan yang lebih baik. 4.  Bergamot  : dapat mengurangkan ketegangan otot, aroma yang segar meransang ketegangan dan rasa releks dalam diri. Bertindak sebagai antiseptik dan membantu merawat pelbagai penya...

Essensial oil ?

Essensial oi l  : minyak pati tumbuhan yang diambil daripada bunga, daun, buah atau kulit pokok. Minyak ini terkumpul di dalam tisu tumbuhan yang disebut kelenjar tumbuhan Minyak pati yang beraroma ini diekstrak menggunakan kaedah penyulingan, enfleurage atau teknik maceration. Sebagai contoh 1.  Minyak pati lavender diambil dari daun dan bunga 2.  Minyak pati oren diambil dari kulit oren. Dalam balm tasneem naturel mengandungi essential oil iaitu minyak pati bergred terapeutik. Ia sangat penting kerana ia berkualiti dan sangat berkesan. Dalam balm tasneem naturel kami menggunakan 8 atau lebih essential oil dan mengikut dos bayi dan kanak-kanak.

7 cara kawal anak daripada ketagih handphone atau gadjet

Assalamualaikum. Hari ini ibu nak kongsikan cara-cara kawal anak daripada ketagihan handphone atau ipad. Adakah ibu ada dedahkan handphone pada thalhah? Ya, sudah tentu. Ini kan zaman mereka. Kenapa pula nak sekat pendedahannya? Adakah thalhah ketagih dengan handphone? Sudah tentu, tak. Sebab apa? Ibu kawal Kenapa kawal dan perlu ke? Thalhah baru je 2 tahun 2 bulan pada tarikh ini (14januari2019). Makan minum dia pun perlu dikawal. Semua perkara yang dia lakukan pon perlu dikawal, inikan pula ibu nak bagi handphone 100% tanpa kawalan? Dan sangat perlu dikawal untuk anak sesuai itu. Macam mana ibu kawal? Jom ibu kongsi cara ibu kawal thalhah daripada ketagihan handphone dan semua gadjet termasuk television. Tapi ini cara ibu, mungkin tak sama dengan cara orang lain.  TIP 1 : JANGAN CAJ 100% BATERI PENUH Ibu biasanya, memang caj 100% penuh bateri handphone. Tapi, bila bateri handphone dah hampir nak habis iaitu 20 % -15%, baru ibu berani nak bagi...

8 cara hadapi anak tantrum

sumber : google.com TANTRUM ? apa itu tantrum? tantrum merupakan ekspresi emosi intens yang pada dasarnya adalah perilaku normal yang terjadi pada anak berusia 18- 36 bulan. tantrum dapat ditumjukkan dengan marah, teriak, membaling barang, menangis, menendang dan sebagainya. power struggle atau 'adu kekuatan' antara orang tua dan anak adalah salah satu penyebab terjadinya tantrum pada anak. Perkara yang paling membingungkan ibubapa adalah bila anak mula tantrum. Di rumah mungkin masih boleh dikawal, tetapi bila di tempat awam, kebanyakan ibubapa jadi bingung bagaimana cara untuk meredakan tantrum anak. Jadi, di sini saya ingin kongsikan tentang cara untuk hadapi tantrum anak supaya tantrumnya dapat dikawal dengan baik. Ia amat memerlukan kerjasama dari ibubapa. Ok, selamat membaca. Tips 1 : SABAR DAN TIDAK NAIK ANGIN sumber : google.com Apabila anak-anak menangis dan mengamuk, mereka perlu tahu bahawa ibu bapa sentiasa ada di sisi dan tidak naik ang...

tempat menarik di manjung

Jurassic park of manjung. . First time sampai sini. Tempat ni tersembunyi jugak lah. Dan tak sangka ada. Walaupun haiwan yang ada tak macam Kat 'jurassic park', tapi ok lah untuk bagi anak-anak kenal haiwan Kat situ. Boleh pegang, belai-belai. Err, Naik tak boleh tau. Tapi sebab thalhah ringan lagi, so bagi lah chance dia Naik. Fefeeling macam naik haiwan sebenar. Thalhah dah kenal semua haiwan, jadi datang sini Kita recap nama haiwan yang nampak real ni. Ohsem. 😄 . . Jadi lah pusing-pusing sejam tunggang semua haiwan Kat sini termasuk Dino yang besar tu. Mujur takde T-Rex dan yang lain. Kalau tak mesti lagi best. . Ada pulak satu rumah kecik dengan snow white dan orang kerdil. Orang kerdil yang sama tinggi dengan thalhah. 😂 . . Orang area Seri iskandar, lumut, manjung boleh lah datang sini bawak anak-anak untuk kenal haiwan. Itu pon dorang sangat seronok tau! 😁 . . Santai petang thalhah dengan makyang nya semalam. 😄 😄 . ...

7 tips mudahkan anak tidur lena

TIP 1 : MENGETAHUI KEPERLUAN WAKTU TIDUR MENGIKUT USIA. Sebagai ibubapa, kita haruslah mengetahui waktu tidur yang ideal untuk setiap anak. Ini kerana, kanak-kanak atau bayi yang kurang waktu tidur akan terganggu perkembangan dan emosinya, walaupun hanya 30-60 minit sehari. Kita pun kalau tidak cukup tidur akan berasa moody dan cepat marah apatah lagi mereka. Ini adalah jadual waktu tidur anak kita berdasarkan peringkat umur. (sumber: National Sleep Foundation). Bayi berumur 0 - 3 bulan Perlu tidur dalam 14 - 17 jam sehari. Tidak digalakkan kurang dari 11 jam atau lebih dari 19 jam. Bayi berumur 4 - 11 bulan Perlu tidur dalam 12 - 15 jam sehari. Tidak digalakkan kurang dari 11 jam dan lebih dari 18 jam sehari. Bayi berumur 1 - 2 tahun Perlu tidur dalam 11 - 14 jam sehari. Tidak digalakkan kurang dari 9 jam atau lebih dari 16 jam sehari. Kanak- kanak 3- 5 tahun Perlu tidur dalam 10 - 13 jam sehari. Tidak digalakkan kurang dari 8 jam atau lebih dari 14...

6 Sebab Anak Susah Tidur Siang

“Letihnya nak ‘berperang’ dengan si Thalhah ni. Tengok muka tu dah memang mengantuk, sampai ‘mood’ pun dah tak betul. Tapi masih nak tahan mata. Kenapa anak susah tidur siang ya?” Nak tidurkan anak bukanlah satu perkara yang mudah. Setiap anak pula, lain-lain karenahnya. Lebih-lebih lagi kalau kita banyak kerja yang nak diuruskan, masa itulah mereka buat perangai  tak mahu tidur. Foto Kredit: lifeasmama.com BERAPA JAMKAH SEBENARNYA WAKTU TIDUR ANAK YANG IDEAL? Menurut pendapat ahli paediatrik melalui DoktorBudak.com , berikut adalah jumlah tidur ideal yang diperlukan oleh anak-anak termasuk waktu tidur siang. Bawah 2 Bulan:  14-18 jam sehari 3-11 Bulan:  12-16 jam sehari 1-3 tahun:  12-14 jam sehari 3-5 tahun:  11-13 jam sehari 5-12 tahun:  10-11 jam sehari 12-18 tahun:  8-9 jam sehari Pada usia 2-3 tahun, biasanya anak akan tidur siang selama 1-3 jam. Pada umur 4 tahun nanti, hanya sekitar 50% anak yang masih me...