sumber : google.com |
TANTRUM? apa itu tantrum?
tantrum merupakan ekspresi emosi intens yang pada dasarnya adalah perilaku normal yang terjadi pada anak berusia 18- 36 bulan. tantrum dapat ditumjukkan dengan marah, teriak, membaling barang, menangis, menendang dan sebagainya.
power struggle atau 'adu kekuatan' antara orang tua dan anak adalah salah satu penyebab terjadinya tantrum pada anak.
Perkara yang paling membingungkan ibubapa adalah bila anak mula tantrum. Di rumah mungkin masih boleh dikawal, tetapi bila di tempat awam, kebanyakan ibubapa jadi bingung bagaimana cara untuk meredakan tantrum anak.
Jadi, di sini saya ingin kongsikan tentang cara untuk hadapi tantrum anak supaya tantrumnya dapat dikawal dengan baik. Ia amat memerlukan kerjasama dari ibubapa. Ok, selamat membaca.
Tips 1 : SABAR DAN TIDAK NAIK ANGIN
sumber : google.com |
Apabila anak-anak menangis dan mengamuk, mereka perlu tahu bahawa ibu bapa sentiasa ada di sisi dan tidak naik angin kepada mereka. Mungkin kita tidak memahami atau bersetuju dengan sebab-sebab mereka menangis dan mengamuk, namun cuba hayati perasaan mereka, pamerkan rasa simpati dan empati serta tunjukkan bahawa kita mengambil berat.
Tips 2 : ELAKKAN MERASUAH ANAK
Merasuah anak dengan sesuatu seperti gula-gula supaya anak berhenti menangis adalah suatu tindakan yang kurang sihat kerana is tidak membantu untuk memupuk harga diri yang positif dan juga tidak membantu ke arah kepintaran emosi.
Tips 3 : JANGAN MENGHUKUM ANAK
sumber : google.com |
Menghukum anak yang tantrum dengan mengurung mereka atau memaksa mereka duduk di satu sudut yang gelap tidak akan membantu untuk melegakan perasaan mereka yang terganggu dan juga tidak mendidik mereka bagaimana untuk menangani perasaan tersebut.
Tips 4 : DENGAR DAN BERADA DEKAT DENGAN ANAK
sumber : google.com |
Mendengar dan berada berdekatan dengan anak semasa mereka mengamuk atau tantrum bukan bermakna kita memanjakan dan mengikut sahaja kemahuan mereka. Mendengar dan tidak meninggalkan mereka semasa tantrum adalah cara yang lembutdan baik untuk memberitahu anak bahawa apa saja perasaan mereka ketika itu seperti marah, geram, sedih bukan lah sesuatu yang negatif cuma cara mereka mempamerkan perasaan secara tantrum itu yang negatif. Ambillah peluang untuk mendidik mereka.
Tips 5 : JANGAN MEMUKUL ANAK
Memukul anak yang mengamuk tidak akan menyelesaikan masalah tersebut malah mungkin akan menyebabkan konflik emosi. Hukuman fizikal yang dilakukan oleh orang yang paling mereka sayang akan menjadikan anak takut dan hilang kepercayaan terhadap diri sendiri dan orang lain. Ia juga mungkin menyebabkan anak berdendam di kemudian hari.
Tips 6 : BERLEMBUT DENGAN ANAK
sumber:google.com |
Kita perlu menetapkan had atau limit walaupun anak mungkin tidak suka dan ini akan membuatkan mereka mengamuk. Menghadapi tantrum mereka dengan kelembutan bukan bermakna kita kena mengalah dengan memberi apa yang mereka minta. Apa yang mereka perlukan ketika ini ialah ibubapa yang menerima, memahami, dan mendengar tentang perasaan mereka yang kecewa. Ini akan membantu mereka belajar untuk menerima kekecewaan dan belajar cara mengatasinya.
Tips 7 : SENTUH DAN PELUK ANAK
sumber: google.com |
Tips 8 : LIBATKAN ANAK-ANAK DALAM AKTIVITI ANDA
sumber : google.com |
Apabila kita melibatkan anak-anak dalam sesuatu perkara, ia akan mengurangkan perjuangan anak untuk mendapatkan kuasa dan kawalan dan dengan itu anak akan kurang meragam. Libatkan anak anak dalam aktiviti seperti memasak, sidai kain, sapu sampah, lipat kain, dan kemas rumah.
Kesimpulan :
sumber : google.com |
Saya harap, anda dapat mendapat gambaran dari perkongsian diatas untuk mengawal tantrum anak samada didalam atau diluar rumah. Anak tantrum yang tidak dapat dikawal dengan baik mungkin akan membesar dengan menjadi orang yang mudah memberontak dan panas baran. Oleh itu, ayuh!. mari kita amalkan ayat quran diatas bagi melembutkan hati anak yang sedang tantrum. kita mulakan sekarang sebelum terlambat. Moga bermanfaat perkongsian saya kali ini.
Silakan share.
Comments
Post a Comment