Assalamualaikum, hari ini ibu akan kongsikan 10tips untuk memupuk anak supaya minat membaca tanpa perlu dipaksa.
Tips ini antara benda yang ibu buat supaya thalhah minat membaca tanpa dia sedar. Hehe. Jom, baca dan praktikkan untuk anak-anak anda.
Tips 1: pendedahan awal
Sejujurnya, ibu minat sangat membaca. Cuma masa je tak cukup. Yelah, dulu zaman belajar mesti ibu akan pastikan ada buku dalam beg walau kemana sahaja ibu pergi.
Bila dah kawen dan mengandung, ibu masih buat macam tu tau. Bila ada masa lapang je, ibu mesti baca walaupun sehelai. Jadi lah kan dari tak baca langsung.
Bila ibu mengandung dan kerap membaca, Secara tak langsung, baby dalam perut pon akan ada minat membaca bila dia lahir nanti. Serious tau. InshaAllah.
Jadi, kuncinya adalah ibu kena kerap membaca selasa mengandung. Ok!.
Tips 2: sepahkan buku berbanding mainan
Ni antara tips yang paling rare. Haha.
Dan bila ibu cuba sendiri pada thalhah, ia sangat berkesan.
Yelah, bila anak nampak buku bersepah, dia akan tertarik untuk ambil buku dan buka serta membaca nya. Selalunya kita akan sepahkan mainan, tapi buku tersusun cantik di rak kan?.
Tak Salah sekali-sekala cuba sepahkan buku pula.
Ini Secara tak langsung menarik minat anak terhadap buku. Tapi pilihan buku kena lah bersesuaian. Contohnya buku cerita kanak-kanak.
Jangan sepahkan muqaddam sudahlah.
Bila buku bersepah, masa anak-anak tengah duduk termenung, perlahan-lahan dia akan capai salah Satu buku dan belek.
Walaupun tak baca, biarpun sekadar tengok gambar. Asalkan minat terhadap buku mula timbul.
Dan sekarang, thalhah suka sangat buku. Ibu dah tak perlu sepahkan buku. Tapi dia yang akan sepahkan dan pilih buku apa yang nak dibaca. Setiap hari dia akan pilih dan ajak ibu baca untuk dia. Kadang-kadang dia yang bacakan Kat ibu. Walaupun dalam bahasa dia.
Tips 3: kerap ke kedai buku atau perpustakaan
Ibu suka bawa thalhah ke kedai buku. Walaupun masuk dan tak beli apa-apaa tapi nampak dia sangat berminat dengan buku. Gaya tengok buku pon dah macam orang besar tau.
Kerap kan bawa anak ke kedai buku untuk biasakan mereka dikelilingi buku. Lepak lama-lama diruang kanak-kanak dengan mereka. Bebaskan mereka pilih buku sendiri dan baca. Biarkan mereka enjoy ber'me-time' dengan buku.
Tips 4: bermain dengan buku
Macam mana nak bermain dengan buku?
Buku sebenarnya bukan untuk dibaca je tau. Tapi boleh guna untuk main juga.
Macam mana tu?.
Buat jambatan |
Selain itu, boleh kuga buat kurang, buat bangunan, buat rumah dan banyak lagi.
Bila buku bersepah, anak mesti tahu nak buat apa. Sebab mereka lagi kreatif dari kita sebenarnya. Cara macam ni Secara tak langsung akan tarik minat anak terhadap buku.
Tips 5 : jadikan buku sebagai hadiah
Jadikan buku sebagai hadiah atau ganjaran apabila anak capai sesuatu. Contohnya anak berjaya makan sayur, anak tak kencing atas katil, anak berjaya wean off dan sebagai nya.
Boleh juga bawa anak ke kedai buku dan suruh dia pilih sendiri buku yang dia suka.
Tapi Kita mesti pantau anak tau supaya pilih buku yang sesuai.
Tips 6 : pastikan buku sesuai dengan usia anak.
Buku mahal dan tebal tak semestinya sesuai.
Kalau untuk bayi, pilih buku yang ringkas, yang cuma satu dua perkataan pada satu-satu muka surat dan gambar besar serta warna ceria. Buku jenis Kain fabric atau jenis Kain lebih sesuai supaya anak boleh pegang dan boleh dibasuh jika anak masukkan ke dalam mulut.
Kalau umur setahun keatas, sensory book atau touch and feel book sangat sesuai. Buku yang ada pelbagai tekstur atau permulaan yang boleh disentuh.
Apabila anak besar sikit, dan dah mula banyak kosa kata, find and seek book dan rhyming book sangat sesuai. Buku yang hanya gambar dan tiada perkataan pun bagus juga. Sebab Kita boleh reka sendiri cerita berdasarkan gambar.
Tips 7 : jadikan cerita buku itu menarik
Setiap Kali bacakan buku pada anak, buat intonasi yang sesuai berdasarkan cerita tu. Bukan hanya dengan nada mendatar je, tak menarik. Nanti anak cepat bosan.
Bila Kita cerita kan dengan intonasi yang betul dan buat pelbagai gaya menarik, anak akan lebih seronok, lebih faham dan mendalami cerita tersebut.
Kalau buku yang ada nilai moral lebih baik!. Anak boleh belajar sesuatu.
Tips 8 : tunjuk setiap perkataan yang dibaca
Sambil baca buku kepada anak, tunjukkan perkataan yang dibaca dengan jari. Pastikan baca satu-satu perkataan dan tak terlalu laju. Secara tak langsung, boleh bagi anak lebih kenal susunan huruf dan bunyi perkataan tersebut.
Kaitkan perkataan dengan gambar supaya anak lebih faham maksud perkataan. Biar anak lambat membaca, yang penting dia minat membaca.
Tips 9 : luangkan 10minit membaca dengan anak setiap hari
10 minit tu tak lama kan?.
Jadikan membaca untuk anak atau membaca dengan anak sebagai rutin harian. Bila anak sudah terbiasa dengan rutin tersebut, kita tak perlu suruh dah lepas ni. Mesti dia akan ambil buku dan automatik akan ajak Kita membaca bersama.
Jadi, sibuk macam mana pun kita, luangkan 10 minit membaca dengan anak. Jangan tinggal, ok!.
Tips 10 : guna kan fonik berbanding ejaan.
Ini untuk anak yang dah mula mahu membaca.
Kaedah fonik lebih cepat, senang dan kurang stress berbanding kaedah mengeja. Jadi, kalau anak susah membaca atau mudah bosan, cuba kaedah fonik. Guna lagu diinternet pun boleh membantu untuk tambah minat anak. Kad imbas fonik pon sangat membantu tau. Kat kedai buku banyak jual.
Itu lah sekian 10 tips yang dapat ibu kongsikan. Harap lepas ini, anak Kita lebih membudayakan membaca dalam kehidupan seharian mereka.
Comments
Post a Comment