Sentiasalah berkomunikasi dengan anak-anak supaya mereka sentiasa dekat dengan kita. tapi macam mana nak mulakan dan kekalkan komunikasi yang baik antara ibubapa dan anak-anak?
jom tengok 5 langkah dibawah ini.
1. Selalu ada untuk anak-anak
Perhatikan waktu-waktu yang anak anda kerap bercakap atau ingin berbual.
Bila?
Waktu makan?
Dalam kereta?
Lepas mandi?
Dalam tandas?
Waktu bermain?
Cuba perhatikan. Dan pastikan anda available pada waktu-waktu tersebut. Kalau sebelum ini anda tak pernah berbual dengan anak anda, cuba mula wujudkan suasana berbual itu.
Banyakkan bertanya dan ceritakan hari anda kepadanya dan cuba untuk saling berbalas soalan. Mulakan perbualan dengan cerita, bukan dengan soalan. Pastikan cerita anda ringkas dan mudah anak untuk faham.
Kalau macam Thalhah, apa yang saya perhatikan. Waktu yang dia kerap bercakap atau bercerita adalah ketika dia bermain toys, tengok tv dan waktu makan. Jadi pada waktu-waktu ini, saya ready untuk dengar dan cuba bersembang dengan dia. Saya akan cuba tanya soalan seringkas mungkin untuk mudah dia faham dan jawab soalan saya tadi.
Contonya, “thalhah buat apa tu?”. nanti dia jawablah “AAaa, main lari”. (dia gelarkan diri dia Aaa.)hehe.
Tapi memang best dapat bersembang dengan anak ni. Kita jadi lebih kenal anak dan dapat merapatkan hubungan antara ibu dan anak.
2. Dengar apabila anak bercakap
Mendengar adalah kunci kepada komunikasi yang sihat dan juga kunci kepada hubungan yang sihat.
Dengan sesiapa sahaja kita perlu mendengar tapi dengan semua orang. Cuba kalau kita keluar makan dengan kawan, tapi kawan kita tu sibuk tengok telefon masa kita tengah bercakap. Tak ke rasa macam nak ambil telefon tu dan baling jauh-jauh?.
Begitulah perasaan anak-anak bila kita tak dengar apa yang mereka sedang katakan. Atau yang lebih teruk, kita hanya berpura-pura mendengar. Pastikan kita dengar dan pandang muka anak bila dia sedang bercakap dengan kita dan jangan lupa, beri respon yang baik. Ini sangat membantu anak dalam menambah keyakinan untuk bercakap disamping tambah kosa kata dalam kamus otak mereka.
3. Jaga bahasa bila bercakap dengan anak
Komunikasi adalah salah satu aktiviti yang melibatkan kemahiran meniru. Bila kita bercakap, anak akan meniru cara kita bercakap. Mereka akan tiru perkataan dan bahasa yang kita guna termasuk pakej dengan mimik muka kita ketika bercakap. Tak percaya?. cuba buat.
Baik atau tidak apa yang kita cakap, anak akan tiru setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu bapa. Apabila tak baik perkataan yang keluar, maka yang tak baik itu lah yang dia akan ikut. Sebab itu sebagai ibubapa, kita perlu sentiasa jaga percakapan kita.
4. Bercakap elok-elok, bukan membebel.
Cuba elakkan dari menggunakan ayat seperti
“itulah. Siapa suruh panjat kerusi tu! Kan dah jatuh!.
“haa, kan dah luka dahi tu. Lain kali buat lah lagi”.
Ini antara contoh ayat mengherdik, menyindir, mengugut dan mengkritik secara kasar yang patut ibubapa elakkan. Ayat tersebut bukan sahaja menggores perasaan anak, malah membuatkan mereka semakin jauh dari ibubapa.
Dalam apa jua situasi, cuba bawa bertenang dan galakkan anak untuk menceritakan perkara yang berlaku. Dan pastikan kita mendengar keseluruhan cerita sebelum menilai dan memberikan respon. Jangan tergesa-gesa dalam menilai dan nampak kesalahan anak sahaja.
5. Cuba selami perasaan anak-anak
Cuba selami perasaan mereka dan jangan menidakkan emosi mereka. Ini kesilapan biasa yang selalu ibubapa lakukan.
Selalu sangat bila anak nangis, laju je mulut cakap, “dah, jangan menangis. Budak besar kan tak boleh nangis. Malu nanti orang tengok.”
Bila anak jatuh dan menangis, “ ala, sikit je tu. Dah dah, jangan nangis.”
Cuba jadi lebih prihatin terhadap perasaan dan emosi anak-anak. Jangan menidakkan perasaan mereka tetapi dalami perasaan mereka. Biar mereka menangis sebelum perlahan-lahan kita pujuk mereka dengan sesuatu yang boleh buat mereka gembira.
Tak perlu mendesak anak supaya berhenti menangis dengan mendadak. Kita pun tak suka kena paksa, kan?. macam tu lah juga anak-anak. Beri anak masa untuk kawal emosi dan berhenti menangis ataupun bersedih.
Jom mulakan dari sekarang, terutamanya ketika anak-anak berusia di bawah umur 6 tahun. Kebarangkalian untuk dia lebih pandai mengawal emosinya ketika dewasa adalah sangat tinggi. Kebiasaannya, anak-anak yang lemah dalam mengawal emosi akan menunjukkan masalah perilaku dan emosi apabila dewasa kelak.
Comments
Post a Comment