Skip to main content

7 cara kawal anak daripada ketagih handphone atau gadjet

Assalamualaikum. Hari ini ibu nak kongsikan cara-cara kawal anak daripada ketagihan handphone atau ipad.

Adakah ibu ada dedahkan handphone pada thalhah?
Ya, sudah tentu. Ini kan zaman mereka. Kenapa pula nak sekat pendedahannya?

Adakah thalhah ketagih dengan handphone?
Sudah tentu, tak.

Sebab apa?
Ibu kawal

Kenapa kawal dan perlu ke?
Thalhah baru je 2 tahun 2 bulan pada tarikh ini (14januari2019). Makan minum dia pun perlu dikawal. Semua perkara yang dia lakukan pon perlu dikawal, inikan pula ibu nak bagi handphone 100% tanpa kawalan?
Dan sangat perlu dikawal untuk anak sesuai itu.

Macam mana ibu kawal?
Jom ibu kongsi cara ibu kawal thalhah daripada ketagihan handphone dan semua gadjet termasuk television. Tapi ini cara ibu, mungkin tak sama dengan cara orang lain. 

TIP 1 : JANGAN CAJ 100% BATERI PENUH
Ibu biasanya, memang caj 100% penuh bateri handphone. Tapi, bila bateri handphone dah hampir nak habis iaitu 20 % -15%, baru ibu berani nak bagi pada anak.

Kenapa? Sebab Secara tak langsung dapat hadkan tempoh penggunaan handphone tu. Bila bateri habis, maka habiskan tempoh penggunaannya. Dan kalau tak, selagi tak habis, selagi itulah anak tak nak lepaskan.

Secara asasnya, itu mengajar anak untuk guna handphone pada masa yang ditetapkan sahaja. 

TIPS 2 : JANGAN AJAR ANAK UNLOCK ATAU MASUKKAN PASSWORD
Apabila kita bagi anak sesuatu gadjet dan mereka dapat 100% kebebasan untuk buka atau unlock, dan sewenang-wenangnya boleh menggunakan gadjet tersebut pada bila-bila masa, itu bermaksud kita dah bagi kuasa padanya.

Jadi, apabila anak mula ada kuasa untuk buka sendiri, dah semestinya secara automatik dia akan tutup dan buka pada bila-bila masa yang dia mahu. Maka, makin lama makin susah nak suruh anak berhenti. Kan?

Jadi, sebarang gadjet yang nak diberi pastikan ibubapa yang berkuasa untuk memulakan dan menghentikannya. kerana kita yang sepatutnya menguasai anak kita bukan sebaliknya.

TIP 3 : GUNAKAN GADJET SEBAGAI GALAKAN POSITIF
Ini yang jarang juga ibu buat kepada thalhah. Guna gadjet sebagai ganjaran apabila dia capai sesuatu. Buat benda baik dulu, baru dapat gadjet. Galakkan anak untuk buat lebih banyak benda baik kalau nak dapat peluang berhibur. Contohnya kalau thalhah buat sepah dan dia tak nak kemas, ibu akan guna gadjet sebagai galakan.
Jadi, anak akan termotivasi balik untuk fokus apa yang disuruh. Tapi bukan untuk semua benda anak buat kita bagi gadjet. Hadkan untuk beberapa pencapaian terbaik sahaja. Jenuhlah kalau semua perkara nak bagi gadjet. Kan ?

TIP 4 : ALIH PERHATIAN ANAK, SEBELUM TAWARKAN GADJET
Lebih- lebih lagi kalau anak dah tahap ketagihan gadjet. Sampai makan dan tidur bersama gadjet.
Kalau boleh, setiap kali anak minta gadjet, alihkan perhatian dia ke arah lain. Contohnya ajak main puzzle ke, main bola ke, main masak-masak ke. Selagi boleh alihkan perhatiannya sampai lupa gadjet, alihkan. Ini untuk meminimumkan tahap ketagihan anak terhadap gadjet.
Kalau berjaya buat secara konsisten, lama-lama anak akan dapat hobi lain dan semakin kurang ingatan terhadap gadjet. Benda ini memakan masa, sebagai ibubapa jangan lah mudah berputus asa. Jadilah ibubapa yang kental dan sado.
Ketagihan gadjet memang jelas banyak keburukan berbanding kebaikan. Semestinya kita tidak mahu hidup anak kita dirosakkan oleh ketagihan gadjet dalam jangka masa panjang.

TIP 5 : PASTIKAN ANAK FAHAM,GADJET ITU KEPUNYAAN IBUBAPA BUKAN MEREKA
Terangkan dari awal kepada anak dan pastikan anak sedar yang gadjet tersebut adalah kepunyaan ibubapa. Mereka hanya pinjam dan perlu pulangkan semula bila- bila masa ibubapa minta.
Elakkan cakap macam ini.
“kakak, ibu nak pinjam sekejap ipad kakak tu.”

JANGAN!
Kerana ibubapa akan kehilangan kuasa untuk melarang anak daripada melarang anak bermain ipad tersebut. Sebab anak tahu yang ipad tersebut ‘dia punya’, jadi dia berhak guna dan tentukan sendiri bila perlu berhenti guna.
INI BAHAYA.

TIP 6 : BERINTERAKSI DENGAN ANAK KETIKA ANAK LAYAN GADJET
Ini yang selalu ibu amalkan bila beri thalhah gadjet. Ibu akan sentiasa bersama-samanya dan berinteraksi dengannya tanpa membiarkan dia bersendirian dengan gadjet. Berbuallah apa sahaja yang sedang ditonton.
Dan hasilnya, thalhah akan sentiasa mahu ibu ada bersama-sama dengannya bila mahu gadjet itu tadi. Jadi, lebih mudah untuk ibu pantau dan kawal penggunaan gadjet pada thalhah.

TIP 7 : TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK
Kita sebagai ibubapa, baiki diri sendiri sebelum mengharapkan macam-macam daripada anak. Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka.
Termasuklah bab ketagihan gadjet ni. Ramai mengadu anak ketagih gadjet, tapi dia sendiri tak pernah lekang handphone ditangan. Mengadu anak tidur lewat sebab layan youtube, tapi dia sendiri layan internet sampai terlena.
Contoh macam mana yang kita nak tunjuk kepada anak-anak? Nak anak soleh, ibubapa kena soleh dulu. Nak anak baik, ibubapa kena baik dulu. Bagaimana acuan, begitulah hasilnya. Ok, jom kita usaha jadi contoh yang terbaik buat anak-anak.

Comments

Popular posts from this blog

Tips wean off anak berumur setahun 8 bulan

sumber : google.com Alhamdulillah, sepanjang menyusukan Thalhah adalah waktu yang paling seronok dalam hidup saya. Yelah, ada seorang anak yang sentiasa dekat dengan kita. Bila terpisah kejap, terasa lama. Padahal pergi masak kat dapur je. Setakat hari ini, belum pernah tinggalkan Thalhah berhari- hari dengan orang lain. Cuma masa Thalhah berumur 1 tahun 4 bulan, saya terpaksa tinggalkan dia dengan abahnya. Kerana saya ada IMKK selama 3 hari berturut.pergi pagi, malam baru jumpa. Bayangkan, masa itu Thalhah tak minum susu lain selain susu ibu. Minum dalam botol pon dia tak mahu. Betapa struggle nya masa itu demi ilmu. Tapi alhamdulillah, sepanjang ditinggalkan Thalhah tidak meragam dan beri kerjasama yang baik berbekalkan susu perahan dan susu kotak dutchlady. Masa Thalhah berumur 1 Tahun 6 bulan, saya disahkan mengandung anak kedua. Dan terpaksa membuat keputusan untuk wean off dia demi kesihatan saya dan bayi dalam kandungan. Bermula Thalhah berumur 1 tahun 8 bulan...

tempat menarik di manjung

Jurassic park of manjung. . First time sampai sini. Tempat ni tersembunyi jugak lah. Dan tak sangka ada. Walaupun haiwan yang ada tak macam Kat 'jurassic park', tapi ok lah untuk bagi anak-anak kenal haiwan Kat situ. Boleh pegang, belai-belai. Err, Naik tak boleh tau. Tapi sebab thalhah ringan lagi, so bagi lah chance dia Naik. Fefeeling macam naik haiwan sebenar. Thalhah dah kenal semua haiwan, jadi datang sini Kita recap nama haiwan yang nampak real ni. Ohsem. 😄 . . Jadi lah pusing-pusing sejam tunggang semua haiwan Kat sini termasuk Dino yang besar tu. Mujur takde T-Rex dan yang lain. Kalau tak mesti lagi best. . Ada pulak satu rumah kecik dengan snow white dan orang kerdil. Orang kerdil yang sama tinggi dengan thalhah. 😂 . . Orang area Seri iskandar, lumut, manjung boleh lah datang sini bawak anak-anak untuk kenal haiwan. Itu pon dorang sangat seronok tau! 😁 . . Santai petang thalhah dengan makyang nya semalam. 😄 😄 . ...

Pengalaman bersalin normal anak kedua

pengalaman bersalin baby girl . jam 9.30mlm. bgtau suami dah rasa sakit semacam sebab rasa senggugut + rasa nak berak. tapi sendiri tak pasti sakit betul2 ke, main2 jek. sebab byk Kali dah sakit tipu2. so, layankan je lah. Selang setengah jam sekali, sejam sekali. perut mengeras je, tapi xsakit. jam 12.00 malam.  mula tak senang tidur. Cuba search Kat Google Tanda contraction hampir bersalin. lepas dah search tu, terus download apps contraction timer. sangat membantu. Masa tu tengah tidur kan thalhah. Masa ni thalhah macam tahu je yang ibu akan bersalin malam tu jugak. sebab dia pon macam Susah nak tido. tapi akhirnya, dia lena dlm kol1 gitu.  ibu pon bangkit dan kejut abang ajak masuk bilik. since pinggang dan perut makin sakit. Bila masuk bilik, terasa sakit makin kerap dan rasa nak terberak. huhhh. Masa tu istighfar bebyk, sambil baca doa nabi yunus dan urut2 perut. keluar masuk toilet sebab asyik nak terkencing je. huhu. Bila rasa perut sakit lain macam, dan...