Pornografi adalah satu aktiviti yang tidak sihat sama seperti ketagihan dadah. Bila sudah terjebak, ia boleh terus menghanyutkan sesiapa sahaja tanpa sesiapa tahu.
Apa itu pornografi?
Pornografi ialah apa sahaj bahan samada visual atau bertulis yang bertujuan meransang keinginan seksual dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca.
TAHUKAH ANDA, PORNOGRAFI MEMBAHAYAKAN?
Kajian menunjukkan pornografi memberi kesan pada otak manusia. Iaitu :
Terdapat perbezaan aktiviti otak di antara orang yang sihat dan mereka yang menonton pornografi dan masturbasi.
PORNOGRAFI mengubah otak manusai sama seperti DADAH mengubah otak seseorang.
Berlaku kesan fizikal dan biokimikal kepada otak iaitu sel- sel kurang berhubung, kurang aktif, mengecut di beberapa bahagian terutama pada kanak-kanak dan remaja.
Pornografi akan menguasai keupayaan otak untuk melakukan aktiviti seks.
KESAN PORNOGRAFI PADA EMOSI DAN HUBUNGAN PASANGAN
Masalah emosi seseorang yang menonton porno:
Masalah emosi seseorang yang menonton porno:
- Murung
- Rasa keseorangan
- Rasa tidak selamat
Masalah hubungan pasangan
- Kurang kepuasan seksual terhadap pasangan
- Prestasi seksual menurun
- Kurang keintiman dengan pasangan
- Tiada ikatan emosi dengan pasangan, hanya hubungan seksual
BAGAIMANA PENGGUNAAN BAHAN PORNO MEMBERI KESAN KEPADA MASYARAKAT?
- Pendedahan kepada pornografi samada ganas ataupun tidak, akan meningkatkan kelakuan yang agresif
- Meningkatkan tingkahlaku negatif terhadap wanita kerana kurang rasa hormat pada wanita
- Mengurangkan empati kepada mangsa keganasan seksual dan meningkatkan perlakuan ingin mendominasi dan menguasai terutamanya dalam perlakuan seksual
- Pornografi menyumbang kepada CHILDREN SEX TRAFFICKING
BAGAIMANA PORNOGRAFI BOLEH MENYEBABKAN KETAGIHAN?
- Otak manusia mempunyai ‘reward pathway’.
- Apabila kita melakukan sesuatu yang menggembirakan seperti makan makanan kesukaan, bermain sukan yang diminati. Bahagian otak akan melepaskan sejenis neurotransmitter iaitu dopamine dan epinephrine.
- Pelepasan neurotransmitter ini akan menyebabkan seseorang itu merasa seronok.
- Ditahap ini seseorang telah bergantung pada bahan- bahan pornografi.
- Lama kelamaan badan dan otak seseorang telah terbiasa dengan tahap neurotransmitter yang tinggi.
- Disebabkan keseronokan tersebut, seseorang itu ingin mengulangi perbuatan tersebut.
- Seseorang itu akan melihat pornografi dengan lebih kerap.
- Seseorang itu akan memilih untuk bersendirian untuk melihat bahan- bahan pornografi. Mereka akan berhenti melakukan aktiviti- aktiviti normal yang selalu dilakukan seperti bersukan, keluar dengan kawan, membeli belah dan sebagainya.
- Dan makin lama pergantungan pada bahan pornografi akan semakin teruk.
- Masa banyak dihabiskan melihat pornografi sahaja.
KALAU KETAGIH, APA PERLU BUAT?
- Sila dapatkan bantuan segera dari kaunselor
- Kenalpasti punca pendedahan bahan pornografi samada handphone atau komputer
- Penuhkan masa lapang dengan aktiviti berfaedah seperti bersukan, membaca buku
- Jangan bawa handphone atau komputer ke dalam bilik tidur
- Kurangkan aktiviti ‘screen time’
- Kurangkan pergaulan dengan kawan-kawan yang melihat bahan pornografi.
Comments
Post a Comment